Xoom
  • Home (current)
  • Covid-19 Advisory
  • About Us
    • Vision, Mission & Core Values
    • Medical Board
    • The Team
    • Our Authorised Partner Pharmacies
    • Our Awards
  • Our Services
    • For Pharmacy
    • For Corporates
    • Vaccination
    • COVID-19 HOME CARE PLAN
    • Diabetes Management
    • Virtual HIV/STD Clinic
  • MEDIA CENTRE
    • PRESS RELEASE
    • MEDIA KIT
    • NEWSROOM
  • Health Tips
  • ePharmacyNew!
    • Malaysia

Health Tips

  • Home
  • Health Tips
  • MENGAPA SAYA BERPELUH TERLALU BANYAK?
  • Health Topics

    • All
    • COVID-19/ Vaccines
    • General health and wellness
    • Common ailments
    • Mental health
    • Sleep problems
    • Brain disorders
    • Respiratory diseases
    • Hypertension
    • Cholesterol
    • Heart diseases
    • Gastrointestinal
    • Diabetes
    • Autoimmune diseases
    • Kidney
    • Liver
    • Urinary
    • Skin
    • Sexual health
    • Women's health
    • Medications
    • Supplements
    • Other diseases
    • Pregnancy
    • Eyes
    • Bone's health
    • Breastfeeding
    • Medical device
    • Pain
    • Food
    • Fasting
    • Cancer
    • Children's health
    • Contraceptives
    • Men's health
    • Vaccinations
    • Oral health
    • Allergy

Pernahkah anda berada dalam situasi di mana anda berpeluh secara berlebihan di tapak tangan dan ketiak pada waktu yang tidak sesuai, sehingga menyebabkan anda berasa tidak selesa dan malu?

ANDA TIDAK KESEORANGAN. Anda mungkin menghadapi hiperhidrosis.

MAKSUD ISTILAH PERUBATAN Hiperhidrosis: hiper- berlebihan; -hidrosis berpeluh. Satu kondisi dimana seseorang itu berpeluh secara berlebihan dan luar biasa.

Mengapa kita berpeluh?

Berpeluh boleh menjadi sesuatu yang memalukan; ia meninggalkan kesan di baju, merosakkan saat romantis dan mengganggu interaksi bisnes dan sosial. Seringkali, kita akan rasa tidak selesa, risau baju akan berbekas peluh dan mungkin perlu menukar pakaian secara kerap. Ini akan mengganggu rutin harian, dan seterusnya meninggalkan impak yang negatif ke atas kualiti hidup.

Berpeluh membantu mengawal suhu tubuh badan kita daripada menjadi terlalu panas. Apabila badan mengeluarkan haba; melalui senaman, ketika di cuaca panas dan lembab, ketika perasaan cemas atau dalam keadaan stress, otak kita bertindak dengan melepaskan peluh daripada kelenjar peluh ekrin. Seterusnya, penyejatan peluh akan menyejukkan badan dan mengurangkan haba yang dihasilkan daripada badan kita. Mereka yang menghidapi hiperhidrosis akan berpeluh lebih pantas dari kadar penyejatan peluh.

Jenis dan Punca

Hiperhidrosis boleh berlaku sejak lahir atau kemudian dalam hidup, tetapi kebanyakan kes bermula di zaman remaja. Peluh berlebihan selalunya paling aktif pada bahagian ketiak, tangan, kaki dan pangkal paha disebabkan oleh kelenjar peluh yang banyak.

  • Hiperhidrosis terhad berlaku apabila perpeluhan di bahagian badan tertentu.
  • Hiperhidrosis umum ialah perpeluhan yang melibatkan seluruh badan.

Penyakit berpeluh berlebihan dibahagikan kepada dua jenis; “primary” dan “secondary”.

  • Hiperhidrosis “primary” berkaitan dengan genetik dan tiada penyebab yang dapat dikenalpasti sebagai pencetusnya  
  • Hiperhidrosis “secondary” boleh terjadi dalam pelbagai keadaan:
    • Hiperthyroidism
    • Penyakit Parkinson
    • Diabetes
    • Kehamilan
    • Putus haid
    • Obesiti
    • Jangkitan seperti tuberkulosis dan HIV

Sesetengah ubat seperti ubat anti-kemurungan, “anticholinesterase” (untuk penyakit Alzheimer), dan propranolol (untuk darah tinggi) boleh menyebabkan perpeluhan.

Apakah simptom hiperhidrosis?

  • Kerap berpeluh tanpa sebab
  • Tapak tangan dan kaki yang sering basah
  • Peluh yang meresap hingga ke baju, seluar atau stokin

Bolehkah ia dirawat?

Jika anda mempunyai penyakit yang menyebabkan masalah berpeluh berlebihan, justeru penyakit itu patut dirawat dahulu. Namun, jika punca tidak dapat dikenalpasti, rawatan tertumpu kepada mengawal perpeluhan seperti:

  • PRODUK ANTI-PERPELUHAN. Produk anti-perpeluhan yang mengandungi aluminium klorida membantu untuk menghentikan kelenjar peluh daripada menghasilkan peluh.
  • UBAT ANTIKOLINERGIK. Ubat ini menghalang penghantaran impuls ke saraf parasimpatetik, dan kemudian mengurangkan penghasilan peluh.
  • BOTULINUM TOKSIN. Suntikan Botox dapat menghalang saraf yang menyebabkan perpeluhan. Mereka yang menghidapi hiperhidrosis memerlukan rawatan berulang kali untuk kesan yang efektif.
  • IONTOPHORESIS. Rawatan ini melibatkan tangan dan kaki direndam di dalam air sambil disambung ke peranti yang mengalirkan arus bervoltan rendah.
  • PEMBEDAHAN. Rawatan pembedahan mungkin juga ditawarkan yang melibatkan pembuangan kelenjar peluh atau membuang saraf yang menyebabkan penghasilan peluh berlebihan.

Apakah kaedah semulajadi yang boleh saya cuba?

Berikut merupakan langkah-langkah untuk mengawal symptom perpeluhan berlebihan:

  • SERBUK PENAIK. Ia merupakan alkali yang dapat meneutralkan pH peluh. Letakkan sedikit serbuk penaik ke bahagian tubuh badan yang berpeluh to mengawal perpeluhan dan mengurangkan bau badan.

  • TEH HITAM. Mengandungi kandungan asid tannic yang lebih dari teh biasa, dan mengandungi sifat anti-perpeluhan. Sifat astringen teh hitam juga boleh mengecilkan kelenjar peluh yang mengawal saluran peluh ke luar kulit.

​​​​​​

  • PAKAIAN YANG SESUAI. Gunakan fabrik yang ringan seperti kapas atau sutera.

​​​​​​​

  • LINER KETIAK. Ia membantu untuk menyerap peluh dan melindungi pakaian anda.

​​​​​​​

  • KASUT KULIT. Digalakkan untuk menggunakan kasut diperbuat daripada kulit supaya kaki anda dapat “bernafas”. Untuk stokin pula, gunakan bahan yang menyerap kelembapan.

​​​​​​​

Jangan segan untuk bertanya doktor tentang masalah berpeluh anda.

Rujukan:

  1. Excessive Sweating (Hyperhidrosis) | WebMD
  2. Hyperhidrosis | Mayo Clinic
  3. What Is Hyperhidrosis? | Medical News Today
  4. 5 Home Remedies To Deal With Excessive Sweating | Doctor NDTV

Jika anda ingin membaca artikel ini dalam Bahasa Inggeris, sila klik di sini.

Tags :

  • hiperhidrosis |
  • berpeluh

Share :

Written By

Dr Amirah Ekhsan

Reviewed By

Doc2us Medical Board

More Top Reads

Does Size Matter?

Does Size Matter?  The...

Jul 04, 2023

Is a foamy urine normal?

Most Malaysians love a cup of ...

Feb 18, 2022

ADAKAH KITA BOLEH HAMIL KETIKA MENGAMBIL PIL PERANCANG?

ADAKAH KITA BOLEH HAMIL KETIKA...

Dec 20, 2021

Understand the rove beetles 'bite'

Image credit: Alvesgaspar,...

Mar 17, 2021

Help! How Can I Tell between a Positive Pregnancy Test or an Evaporation Line?

Whether a pregnancy test t...

Oct 08, 2019

8 WHYS YOUR TODDLER BLINKING HARD (COMPLETE LIST)

A toddler blinking hard or fas...

Jan 08, 2019

Recommended For You

Latest Article

BPH and it's progression: What should we know

BPH and its progression: what ...

Jan 16, 2025

More Than Just Hay Fever: Delving into the Complications of Untreated Allergic Rhinitis

More Than Just Hay Fever: Delv...

Jul 23, 2024

Decoding urticaria and allergic rhinitis: all you need to know!

Decoding urticaria and allergi...

May 15, 2024

BPH and Prostate Cancer Deconstructed: Essential Knowledge for HCPs

BPH and Prostate Cancer Decons...

Mar 12, 2024

From Sniffles to Smiles: Treating Allergic Rhinitis

From Sniffles to Smiles: Treat...

Mar 05, 2024

Exercises recommended for pregnant women

Exercises recommended for preg...

Dec 19, 2023
The content found on this webpage serves as medical education resources designed for healthcare professional in Malaysia.

Introducing DOC2US, Your Trusted Online Doctor. With its name synonymous to “talk to us”, DOC2US is a mobile application that allows you to talk to a doctor or any healthcare professionals via text chat at any time and from anywhere.

USEFUL LINKS

  • Home
  • About Us
  • For Pharmacy
  • Health Tips
  • Feedback
  • Fun Facts
  • Contact Us
  • FAQ
  • Privacy Policy
  • Terms
  • Telemedicine Policy
  • Medicine e-Prescription SOP

SITEMAP

Copyright © 2025 HEYDOC INTERNATIONAL SDN. BHD. (1141230-T) - ALL RIGHTS RESERVED  |   Powered by etc web design