ADAKAH KITA BOLEH HAMIL KETIKA MENGAMBIL PIL PERANCANG?
ADAKAH KITA BOLEH HAMIL KETIKA...
Ibadah puasa semasa bulan Ramadhan merupakan suatu kewajipan kepada seluruh umat Islam yang berkemampuan. Mereka menahan diri daripada makan dan minum daripada waktu subuh hingga ke waktu senja setiap hari selama tempoh 29-30 hari. Namun begitu, bukan semua umat Islam wajib untuk berpuasa, seperti kanak-kanak yang belum akil baligh, warga emas, perempuan yang mengandung atau masih menyusu badan dan golongan yang berisiko. Ini termasuk mereka yang menghidap penyakit kencing manis.
Bagi penghidap penyakit kencing manis, berpuasa mungkin mencabar disebabkan ianya berpotensi meningkatkan risiko untuk:
Hipoglisemia (gula darah rendah)
Pengurangan pengambilan makanan atau gula pada waktu siang boleh menyebabkan paras gula darah rendah. Tanda-tanda hipoglisemia:
Keletihan
Berpeluh
Kelaparan
Menggigil
Kadar jantung yang laju
Hiperglisemia (gula darah tinggi)
Berpuasa juga boleh menyebabkan hipoglisemia! Ini berlaku disebabkan pengurangan dos ubat yang berlebihan untuk mencegah hiperglisemia dan peningkatan pengambilan makanan dan/atau gula semasa waktu tidak berpuasa. Tanda-tanda hiperglisemia:
Rasa dahaga bertambah
Sering membuang air kecil
Kabur penglihatan
Jangkitan berulang (jangkitan pundi kencing, jangkitan faraj dan jangkitan kulit)
Keletihan
Penyahhidratan
Ini berlaku kerana larangan meminum air semasa berpuasa, terutamanya jika berpuasa berpanjangan. Tanda-tanda penyahhidratan:
Merasa dahaga
Pening
Mulut, bibir dan mata kering
Perempuan yang mengandung
Perempuan yang menghidap penyakit kencing manis sangat tidak digalakkan untuk berpuasa semasa bulan Ramadhan.
Kanak-kanak dan remaja
Kanak-kanak dan remaja yang mempunyai kawalan glisemik gula darah yang baik dan sering melakukan pemantauan glukosa darah boleh berpuasa dengan selamat jika mereka menerima pemantauan susulan yang rapi sepanjang bulan Ramadhan dan kedua-dua belah pihak iaitu kanak-kanak serta keluarga mereka dididik dengan baik tentang penyakit yang mereka ada sebelum bulan Ramadhan.
Pesakit dialisis
Kebanyakan pesakit yang stabil pada hemodialisis dan dialisis peritoneal boleh berpuasa jika mereka mematuhi pengambilan ubat-ubatan dan terapi dialisis serta mematuhi diet yang ditetapkan. Mereka harus menerima pemantauan susulan yang rapi untuk mengesan sebarang komplikasi yang timbul.
Warga emas
Pesakit warga emas yang menghidapi penyakit kronik seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi boleh dikecualikan daripada berpuasa.
Kuncinya terletak pada mengekalkan diet yang seimbang dan sihat. Pengambilan karbohidrat kompleks adalah digalakkan kerana ianya mengambil masa yang lebih lama untuk dihadam sekaligus memberikan tenaga yang diperlukan. Contoh makanan seperti ini adalah bijirin, roti, nasi, sayur-sayuran, kekacang dan buah-buahan.
Selain itu, mengagihkan kalori kepada 2-3 hidangan lebih kecil semasa waktu tidak berpuasa membantu dalam menstabilkan gula darah. Ianya juga penting untuk:
Jangan tidak mengambil ‘sahur’ dengan sengaja. Sahur sepatutnya terdiri daripada hidangan yang seimbang dengan pengambilan karbohidrat yang mencukupi, diambil selewat mungkin, hanya sebelum waktu Imsak untuk mengelakkan daripada berpuasa terlalu lama.
Jangan menangguhkan waktu berbuka puasa. Berbuka puasa pada waktunya matahari terbenam, juga dikenali sebagai Iftar. Hadkan pengambilan makanan yang mengandungi kandungan gula seperti kuih-muih. Walaubagaimanapun, 1-2 biji kurma di permulaan Iftar boleh diambil sebagai pertukaran karbohidrat. Hidangan utama digalakkan untuk diambil selepas solat Maghrib.
Makan malam selepas Tarawih boleh diambil sebagai pengganti snek sebelum tidur.
Pastikan ada buah-buahan dan sayur-sayuran semasa Sahur dan Iftar. Pengambilan karbohidrat serat tinggi untuk semua hidangan adalah digalakkan.
Hadkan makanan yang digoreng atau berlemak.
Hadkan pengambilan makanan bergaram tinggi untuk mengurangkan risiko dehidrasi.
Pengambilan cecair perlu mencukupi untuk menambahkan cecair di dalam badan yang telah dicernakan semasa waktu siang. Sasarkan untuk minum 8 gelas air sehari. Pilih minuman yang tidak bergula. Minum secukupnya di waktu sahur.
Aktiviti fizikal dan senaman perlu diubah semasa bulan Ramadhan. Senaman ringan dan sederhana yang kerap adalah dicadangkan. Elakkan melakukan aktiviti fizikal yang berintensiti tinggi semasa puasa kerana ianya boleh menyebabkan hipoglisemia. Waktu yang sesuai untuk bersenam adalah 1-2 jam selepas berbuka puasa. Dengan ini, anda boleh mengisi badan dengan makanan dan minuman sebelum dan selepas bersenam untuk memastikan badan mempunyai tenaga. Pastikan badan anda mempunyai masa rehat sebelum waktu tidur jika anda bercadang untuk melakukan rutin senaman selepas berbuka puasa.
Ia sangat penting untuk mengambil ubat-ubatan seperti yang dinasihatkan oleh doktor anda. Akan tetapi, ubat anti-kencing manis anda mungkin perlu diubah dari segi pemberian dos dan masa, ini termasuk suntikan insulin. Sentiasa beringat untuk merujuk kepada doktor atau ahli farmasi sebelum melakukan sebarang perubahan pada ubatan yang diambil.
Ianya merupakan sangat penting menguji gula darah, dan lebih kerap semasa tempoh berpuasa dan lebih-lebih lagi jika anda merasa kurang sihat, yang dikenali sebagai pemantau-sendiri gula darah (SMBG). Cucukan jari untuk SMBG tidak membatalkan puasa. Bagi mereka yang menggunakan suntikan insulin, masa SMBG boleh mencerminkan kecukupan dos insulin. Jenis insulin yang berbeza mempunyai masa permulaan yang berbeza dan disebabkan itu masa pemantauan glukosa mungkin berbeza. Rujuk kepada doktor atau ahli farmasi sebelum menjalankan SMBG berdasarkan ubatan yang diambil.
Apabila puasa menjejaskan kesihatan dengan buruk, seseorang itu perlu menamatkan berpuasa dengan segera.
Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
Darah gula <3.9 mmol/L (semak semula dalam masa 1 jam jika gula darah 3.0-5.0 mmol/L)
Darah gula > 16.6 mmol/L
Mengalami simptom-simptom hipoglisemia dan penyahhidratan yang teruk (kekeliruan)
Mengetahui cara untuk menguruskan penyakit kencing manis anda pada bulan Ramadhan adalah sangat penting untuk mengawal simptom gula darah tinggi, mengelakkan komplikasi dan mencegah kemerosotan kawalan gula dalam darah. Selaraskan pengambilan makanan dan bersenam mengikut kemampuan sewajarnya. Ambil ubat-ubatan yang patut dan suntikan insulin seperti yang dinasihatkan oleh doktor. Lakukan SMBG pada masa yang telah diarahkan oleh doktor. Apabila berasa tidak sihat, tamatkan puasa dengan segera. Perkara yang paling penting adalah kesihatan anda. Ramadan Mubarak!
DOC2US COVID-19 Services: Free COVID-19 Virtual Health Chat | COVID-19 Home Care Plan
Rujukan:
International Diabetes Federation, Diabetes and Ramadan (DAR) International Alliance. Diabetes and Ramadan Practical Guidelines 2021. January 2021.
Ibrahim M, Davies MJ, Ahmad E, et al. Recommendations for management of diabetes during Ramadan: update 2020, applying the principles of the ADA/EASD consensus. BMJ Open Diabetes Res Care. 2020;8(1):e001248. doi:10.1136/bmjdrc-2020-001248
Loke SC. A Prospective Cohort Study on the Effect of Various Risk Factors on Hypoglycaemia in Diabetics Who Fast During Ramadan. 2010;65(1):4.
Ministry of Health Malaysia, Malaysia Endocrine & Metabolic Society, Practical Guide in Diabetes Management in Ramadan 2015. 22 June 2015.
Karamat MA, Syed A, Hanif W. Review of diabetes management and guidelines during Ramadan. J R Soc Med. 2010;103(4):139-147. doi:10.1258/jrsm.2010.090254
Tags :
ADAKAH KITA BOLEH HAMIL KETIKA...
It's World Diabetes Day! 1...
Image credit: Alvesgaspar,...
Do you have that pooping s...
Whether a pregnancy test t...
A toddler blinking hard or fas...
Introducing DOC2US, Your Trusted Online Doctor. With its name synonymous to “talk to us”, DOC2US is a mobile application that allows you to talk to a doctor or any healthcare professionals via text chat at any time and from anywhere.