Xoom
  • Home (current)
  • Covid-19 Advisory
  • About Us
    • Vision, Mission & Core Values
    • Medical Board
    • The Team
    • Our Authorised Partner Pharmacies
    • Our Awards
  • Our Services
    • For Pharmacy
    • For Corporates
    • For Men's Sexual Health - DOC2MEN
    • Vaccination
    • COVID-19 HOME CARE PLAN
    • Diabetes Management
    • Virtual HIV/STD Clinic
  • MEDIA CENTRE
    • PRESS RELEASE
    • MEDIA KIT
    • NEWSROOM
  • Health Tips
  • ePharmacyNew!
    • Malaysia

Press Release Room

  • Home
  • Press Release
  • MAH dan DOC2US Memudahkan Ujian Covid-19 bagi Pelancong ke Malaysia

Siaran Akhbar

Untuk Siaran Segera

MAH dan DOC2US Memudahkan Ujian Covid-19 bagi Pelancong ke Malaysia

Pelawat kini boleh menempah ujian RTKis yang dikuasakan dengan AI melalui tempahan di hotel ahli MAH dengan mudah

Kuala Lumpur (18 April, 2022) - Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dengan kerjasama penyedia perkhidmatan kesihatan digital terkemuka Malaysia, DOC2US, akan menyediakan penyelesaian sehenti untuk keperluan ujian Covid-19 kepada pelancong dan tetamu di hotel ahli MAH melalui Sistem Pintar RTK secara maya DOC2US (RTKis). Dilancarkan pada Julai 2021, RTKis berkuasa AI (disebut sebagai Ar-Tee-Kis) yang disahkan oleh doktor berlesen, ialah penyelesaian saringan RTK-Ag maya pertama di Malaysia.

Presiden MAH, Dato’ N. Subramaniamberkata, “MAH amat sejajar dengan rancangan lima tahun Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) untuk meningkatkan pelancongan domestik berdasarkan enam teras, iaitu memfokuskan kepada pelancongan domestik, pemulihan pelancongan antarabangsa, penggunaan digital, inovasi, kesihatan dan keselamatan.

Sebagai sokongan penuh terhadap rancangan MOTAC, perkongsian kami dengan DOC2US adalah langkah pertama dalam menerima pakai digital dalam industri kami, terutamanya dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan. Kami menjangkakan penggabungan perkhidmatan penjagaan kesihatan digital yang lancar seperti telekonsultasi maya 24/7 dengan doktor, penghantaran ubat dan konsultasi atas talian percuma (Free Virtual Health Advisory) untuk tetamu dan kakitangan hotel kami pada masa depan.

Walaupun industri hotel masih belum mencatat peningkatan ketara dalam penghunian sejak peralihan kepada fasa endemik, kami berminat untuk menunjukkan komitmen kami untuk meningkatkan pengalaman perjalananpelawat dan mengemudi negara ke arah endemisitas dengan menambah nilai kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan dalaman kami yang sedia ada melalui penjagaan kesihatan digital.

Pada masa ini, lebih daripada 20 hotel ahli MAH telah mendaftar dan berada didalam proses penerimaan.Apabila menempah bilik hotel di hotel ahli MAH, pelancong kini boleh memilih untuk menambah RTKis yang akan diberikan kepada mereka semasa daftar masuk.

Ujian RTKis diselia oleh pakar kesihatan , dan keputusan akan dimuat naikke Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam (SIMKA) yang diselaraskan dengan aplikasi MySejahtera. Pelancong juga dapat mengakses perkhidmatan konsultasi atas talian percuma yang disediakan oleh DOC2US dalam aplikasi MySejahtera.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas DOC2US, Dr Raymond Choyberkata, “Industri pelancongan dijejaskan teruk semasa wabak Covid-19. Sebagai penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan digital, terdapat lebih banyak bidang yang boleh kami laksanakan untuk menggiatkan industri pelancongan dan hotel. Dengan RTKis dan konsultasi atas talian percuma untuk pelancong, kami boleh meyakinkan mereka tentang standard kesihatan dan keselamatan kami.

Pelancong asing yang dikehendaki melakukan ujian RTK-Ag Covid-19 kini boleh melakukannya dengan mudah dan selesa dalam bilik hotel mereka dalam masa 24 jam selepas ketibaan sebagai sebahagian daripada perkhidmatan tambahan yang disediakan oleh hotel ahli MAH. Perkhidmatan ini selamat, terjamin dan boleh dipercayai. “

Dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa, kemasukan 2 juta pelawat dijangka memasuki Malaysia ketika industri pelancongan pulih daripada Covid-19.Perkongsian dijangka akan memudahkan pelancong dan menjadikan prosedur ujian lebih mudah dan boleh diakses semasa ketibaan dan sepanjang penginapan mereka.

“Kami ingin mengalu-alukan pelancong sebagai sebuah negara yang celik teknologi dan berorientasikan kesihatan untuk meletakkan Malaysia kembali sebagai salah satu tempat terbaik untuk melancong di mata mereka.” tambah Dr Choy.

Untuk pengetahuan lebih lanjut tentang DOC2US sila layari: https://www.doc2us.com/rtkis

Tags :

  • MAH |
  • DOC2US |
  • ujian RTKis yang dikuasakan dengan AI

Share :

Written by

DOC2US

Latest Press Release

Heydoc Health Launches Malaysia’s First Fully Integrated Digital e-Referral Solutions via DOC2US

PRESS RELEASE FOR IMMEDIATE...

May 01, 2025

2 Million Electronic Prescriptions Issued by DOC2US

Dec 11, 2023

ISN DAN DOC2US MEMANTAPKAN SOKONGAN KESIHATAN MENTAL UNTUK ATLET-ATLET NEGARA

Siaran Media  Untuk Si...

Aug 29, 2023

ISN, DOC2US Bolster Mental Health Support for National Athletes

Press Release   F...

Aug 29, 2023

国家体育学院、DOC2US 强化国家运动员的心理健康支援 

Aug 29, 2023

DOC2US and Malaysian Pharmacists Society sign MOU, Advancing Malaysia’s pharmacy network through digital health

Photo Release  For Imm...

Jun 12, 2023

Introducing DOC2US, Your Trusted Online Doctor. With its name synonymous to “talk to us”, DOC2US is a mobile application that allows you to talk to a doctor or any healthcare professionals via text chat at any time and from anywhere.

USEFUL LINKS

  • Home
  • About Us
  • For Pharmacy
  • Health Tips
  • Feedback
  • Fun Facts
  • Contact Us
  • FAQ
  • Privacy Policy
  • Terms
  • Telemedicine Policy
  • Medicine e-Prescription SOP

SITEMAP

Copyright © 2025 HEYDOC INTERNATIONAL SDN. BHD. (1141230-T) - ALL RIGHTS RESERVED  |   Powered by etc web design