Foodpanda & DOC2US Bekerjasama Untuk Program Pemeriksaan Kesihatan Rakan Kongsi Penghantaran
Foodpanda & DOC2US Bekerjasama Untuk Program Pemeriksaan Kesihatan Rakan Kongsi Penghantaran
Program saringan kesihatan akan dimulakan dengan 3,000 rakan penghantaran foodpanda di Pulau Pinang dan Johor
Kuala Lumpur, 9 Jun – Platform penghantaran atas permintaan yang terkemuka di Asia, foodpanda telah menjalin kerjasama dengan penyedia perkhidmatan e-preskripsi pertama Malaysia, DOC2US, untuk menyediakan pemeriksaan kesihatan untuk rakan kongsi penghantaran foodpanda. Program di seluruh negara akan dilancarkan secara berperingkat, mulai bulan ini dengan lebih 3,000 rakan kongsi
penghantaran di Pulau Pinang dan Johor.
Mengulas mengenai kerjasama ini, Kelvin Chan, Pengarah Operasi, foodpanda berkata, mereka amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan DOC2US sekali lagidalam usaha menjaga kesihatan rakan kongsi penghantarannya. “Rakan kongsi penghantaran kami adalah tulang belakang foodpanda dan oleh itu, kami ingin memastikan kesihatan dan kesejahteraan mereka dijaga.
Kami sentiasa mencari cara baharu untuk memberikan manfaat terbaik untuk mereka. Matlamat kami dengan memberikan mereka pemeriksaan awal ini ialah bagi menggalakkan mereka untuk mengutamakan kesihatan mereka pada masa hadapan. Kami berharap untuk melanjutkan program ini kepada lebih banyak rakan kongsi penghantaran pada bulan-bulan akan datang.”
Untuk mendaftar program pemeriksaan kesihatan ini, rakan kongsi penghantaran dikehendaki mendaftar melalui aplikasi mudah alih DOC2US. Melalui platform itu, mereka boleh memilih cawangan pilihan mereka daripada 46 cawangan farmasi rakan kongsi DOC2US terpilih di kedua-dua negeri, dan mengatur slot tarikh dan masa mereka dengan sewajarnya.
Pemeriksaan kesihatan, yang dilakukan di kedai farmasi yang mengambil bahagian di bawah seliaan DOC2US, akan merangkumi satu siri ujian kolesterol, ujian glukosa darah, pengurusan tekanan darah serta ukuran tinggi dan berat untuk rakan penghantaran. Apabila terdapat sebarang pertanyaan diperlukan atau ditunjukkan secara klinikal, doktor berlesen akan menyediakan analisis lanjut, diagnosis, perundingan dan rawatan, manakala ahli farmasi akan menyediakan sokongan dan pemberian ubat seperti yang ditetapkan oleh doktor sewajarnya.
Dr Raymond Choy, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama DOC2US, menyatakan bahawa foodpanda dan DOC2US berkongsi visi yang sejajar dalam mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan rakan kongsi penghantaran yang beroperasi di barisan hadapan. Beliau juga menambah bahawa kerjasama ini bertujuan untuk menggalakkan tenaga kerja Malaysia mengamalkan pemantauan kesihatan dengan lebih dekat.
“Kami gembira untuk menunjukkan kepada rakan penghantaran bahawa mereka dijaga dari segi penjagaan kesihatan pada setiap masa. Rakan kongsi penghantaran telah menjadi bahagian penting dalam sektor makanan dan minuman Malaysia semasa perintah kawalan pergerakan dan wabak Covid-19. Malah pada hari ini, ketika Malaysia sedang beralih ke fasa endemik, wira-wira masyarakat yang tidak didendang ini kekal berkhidmat melalui suka dan duka.
Bagi para pekerja yang sering bergerak sepanjang masa ini, mungkin sukar bagi mereka untuk mencari masa untuk menjaga kesejahteraan mereka sendiri bahkan meluangkan masa atau hari untuk menetapkan temujanji di hospital atau klinik. Akibatnya, pengabaian terhadap kesihatan diri masih menjadi isu yang lazim di
kalangan golongan ini.
Mencari nafkah dan mengekalkan kesihatan yang baik tidak seharusnya saling eksklusif. Inilah yang dimaksudkan dengan penjagaan kesihatan yang inklusif dan komprehensif, dan inilah yang kami cuba capaikan di DOC2US. Kami ingin berada di sana untuk mereka, memberi mereka ketenangan fikiran dan memberitahu mereka bahawa tersedianya penjagaan kesihatan yang boleh diakses. Dengan menyokong perjuangan negara kita untuk menentang keadaan kesihatan yang mendasari, terutamanya Non-Communicable Diseases (Penyakit Tidak Berjangkit), menyediakan langkah pengesanan awal boleh menjadi titik perubahan yang boleh menyelamatkan nyawa bagi ramai orang.
Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan foodpanda dalam program ini dan kami juga mengharapkan lebih banyak peluang untuk kerjasama yang produktif bersama-sama pada masa yang akan datang,” kata Dr Choy.