SIARAN AKHBAR
UNTUK SIARAN SEGERA
Farmasi Alpro Memberi kesedaran kepada Rakyat Malaysia tentang Penyakit Bawaan Banjir
Dengan Kerjasama DOC2US untuk menyediakan ubat-ubatan percuma untuk mangsa banjir yang menghidap penyakit kronik
KUALA LUMPUR, 7 Januari 2022 – Sebagai tindak balas kepada salah satu banjir terburuk yang pernah direkodkan dalam sejarah negara, rangkaian farmasi preskripsi terbesar di Malaysia, Alpro Pharmacy, dan penyedia perubatan di atas talian yang pertama, DOC2US, telah bekerjasama untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit bawaan banjir serta memberi kesedaran kepada pesakit penyakit kronik yang terjejas oleh banjir mengenai bahayanya jika tidak mengambil ubat jangka pajang mereka.
“Sementara proses pemulihan sedang dijalankan, paras air masih tinggi di banyak kawasan. Sebagai sebuah komuniti farmasi, Alpro ingin menekankan bahawa sanitasi dan kebersihan yang kurang di kawasan banjir boleh menjadi penyebab kepada penyakit bawaan banjir seperti Leptospirosis, Taun, dan demam Denggi,” kata Ph. Lim En Ni, Ketua Pegawai Farmasi Alpro dan Pengarah Perhubungan khidmat pelanggan.
Leptospirosis merebak terutamanya melalui sentuhan dengan air atau tanah yang tercemar oleh air kencing haiwan yang telah dijangkiti.Apabila dijangkiti, tempoh inkubasi boleh mengambil masa 2 hingga 10 hari.Antara gejala biasa di fasa awal yang boleh kita lihat adalah demam, menggigil, sakit kepala, sakit otot, muntah, dan cirit-birit. Di kawasan yang berisiko tinggi, anda boleh mengurangkan risiko dijangkiti leptospirosis dengan memakai but, cermin mata dan sarung tangan semasa melakukan pembersihan selepas banjir.
Taun berjangkit melalui makanan atau air minuman yang telah tercemar dengan bakteria Vibrio Cholerae. Ia boleh menyebabkan cirit-birit yang teruk,dehidrasi dan juga kematian dalam masa beberapa jam jika tidak dirawat. Untuk mengelakkan jangkitan taun, anda boleh mengambil air dan makanan yang telah dimasak dengan sempurna.
Denggi adalah jangkitan virus yang disebabkan oleh virus denggi, biasanya ia boleh menular melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti. Virus denggi boleh membawa kepada penyakit seperti selesema yang teruk, kadangkala menyebabkan komplikasi yang boleh membawa maut,ia dipanggil denggi teruk. Disebabkan peningkatan kolam air di sekitar kawasan banjir, kes denggi mungkin akan meningkat. Walaupun ‘fogging’ membantu mencegah jangkitan, ia tidak dapat membunuh telur nyamuk. Oleh itu, penting untuk membersihkan tempat air bertakung.
"Mengetahui simptom umum seperti demam, sakit kepala, cirit-birit, sakit otot, dan muntah boleh membantu mengenalpasti kemungkinan jangkitan. Sekiranya ada simptom sedemikian, sila kunjungi klinik/hospital berhampiran anda dengan segera,” Lim .
Bencana alam menyebabkan mangsa tiada masa untuk mengambil barangan mereka, termasuklah ubat-ubatan jangka panjang, Alpro dan DOC2US berjanji akan membantu mangsa banjir yang memerlukan ubat-ubatan kronik di bawah Program Penjagaan Perubatan Penyakit Kronik.
Farmasi Alpro akan menyediakan bekalan ubat kronik sekali sahaja kepada komuniti yang terjejas akibat bencana alam sehingga 7 hari secara percuma. Pengguna yang terjejas boleh mengunjungi mana-mana 165 cawangan Alpro Pharmacy di Malaysia dan berjumpa dengan ahli farmasi untuk maklumat lanjut. Salinan laporan polis mengenai banjir diperlukan untuk tujuan pengesahan. Mereka yang telah kehilangan preskripsi ubat-ubatan,boleh mendapatkan konsultasi percuma dan e-preskripsi mereka dengan DOC2US pada masa yang sama.
Inisiatif Program Penjagaan Perubatan Penyakit Kronik adalah sebahagian daripada komitmen Alpro dan DOC2US sejak sekian lama untuk menyediakan sokongan penjagaan kesihatan kepada komuniti yang terjejas akibat bencana alam.
Dr Raymond Choy, Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif DOC2US berkata "Dalam masa seperti ini, amat penting bagi mangsa banjir mendapatkan ubat yang berterusan untuk penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi. Selain daripada risiko bawaan banjir, Terputus bekalan perubatan boleh meletakkan mereka pada risiko yang lebih tinggi.
Melalui perkongsian kami dengan Alpro dan kepakaran kami dalam perkhidmatan e-preskripsi dan perundingan dalam talian, kami gembira dapat membantu dengan memberikan sedikit bantuan kepada mangsa-mangsa ini dalam masa kesusahan mereka,” tambah Dr Choy.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif, terma dan syarat kunjungi Farmasi Alpro terdekat, atau hubungi Sokongan Sokongan Khidmat Pelanggan Farmasi Alpro di 019-6129006. Sebagai alternatif, orang ramai juga boleh bercakap dengan ahli farmasi profesional melalui talian hotline WhatsApp e-farmasi di 019-7021923.
Tags :
Introducing DOC2US, Your Trusted Online Doctor. With its name synonymous to “talk to us”, DOC2US is a mobile application that allows you to talk to a doctor or any healthcare professionals via text chat at any time and from anywhere.