Xoom
  • Home (current)
  • Covid-19 Advisory
  • About Us
    • Vision, Mission & Core Values
    • Medical Board
    • The Team
    • Our Authorised Partner Pharmacies
    • Our Awards
    • Telehealth Awards
  • Our Services
    • For Healthcare Providers
    • For Pharmacy
    • For Corporates
    • Prime Care Plan
    • Vaccination
    • RTKIS
    • COVID-19 HOME CARE PLAN
  • MEDIA CENTRE
    • PRESS RELEASE
    • MEDIA KIT
    • NEWSROOM
  • Health Tips
  • ePharmacyNew!
    • Malaysia

Press Release Room

  • Home
  • Press Release
  • DOC2US MENGEMBANGKAN PERKHIDMATAN KE MYANMAR

SIARAN AKHBAR

UNTUK SIARAN SEGERA

DOC2US MENGEMBANGKAN PERKHIDMATAN KE MYANMAR

Platform teleperubatan berasaskan pengkomputeran awan bakal memberi khidmat nasihat kesihatan maya secara percuma

Kuala Lumpur, 6 Oktober 2021 – DOC2US, pembekal teleperubatan pertama di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan e-preskripsi yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,  mengumumkan perkembangan perkhidmatannya ke Myanmar sebagai rakan teknikal HOPE Telecare untuk memacu perkembangan ekosistem perubatan digital di Myanmar pada hari ini.

Hope Telecare iaitu sebuah platform  perubatan digital semua-dalam-satu atas usahasama  antara Syarikat Myanmar’s Blue Ocean Investment Limited, TELEMED Company Limited dan syarikat tempatan DOC2US yang dimiliki oleh Heydoc International Sdn Bhd.

Dr Raymond Choy, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DOC2US, berkata, “Usahasama ini merupakan langkah pertama untuk DOC2US mengembangkan teknologi tempatan kita serta penyelesaian penjagaan kesihatan di luar Malaysia. Berdasarkan sistem sedia ada DOC2US yang telah terbukti dan model perniagaan yang berasaskan elemen ”hyper-localised”, bersama dengan rakan kongsi kami, kami mensasarkan untuk melengkapi ekosistem perubatan fizikal di Myanmar dengan meringankan tugas sumber tenaga perubatan fizikal untuk membantu masyarakat yang memerlukan pertolongan.”

Dengan jumlah kes COVID-19 yang meningkat di Myanmar, lebih banyak sumber negara perlu memberikan tumpuan untuk memerangi jangkitan tersebut. Usahasama tersebut telah menyeru doktor sukarelawan yang berminat untuk menyertai pasukan petugas perubatan secara maya untuk membantu meringankan beban sistem kesihatan awam. Perkhidmatan tersebut akan memberi peluang kepada masyarakat awam untuk mendapatkan rundingan kesihatan maya secara percuma.

Htun Htun Naing, Pengerusi HOPE Telecare berkata, “Kira-kira 70% daripada populasi yang mencecah hampir 55 juta, tinggal di luar bandar di mana doktor sukar diakses, manakala kadar penembusan internet sedang berkembang pada kadar melebihi 10% tahun demi tahun dari 43% sekarang, kami percaya bahawa teleperubatan ialah arah masa hadapan untuk memperbaiki kualiti kesihatan dalam negara.”

Oleh sebab itu, usahasama tersebut berdasarkan akronim dalam Bahasa Inggeris, Membantu Orang Kita Setiap Hari (‘Helping Our People Everyday’ – HOPE) sebagai nama platform teleperubatan untuk aplikasi mudah alih berdasarkan misi syarikat untuk membantu rakyat Myanmar mendapat akses perkhidmatan kesihatan yang berpatutan dan sama rata pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Berkolaborasi dengan Microsoft, DOC2US akan memanfaatkan platform awan Microsoft Azure untuk fleksibiliti dan skalabiliti yang lebih baik. DOC2US juga membekalkan HOPE dengan sistem back-end yang mantap untuk melaksana dan menyokong platform kesihatan digital di mana pengguna platform tersebut dapat berhubung dengan pakar penjagaan kesihatan untuk memperoleh tips-tips kesihatan dan informasi lain yang berkenaan di bahagian front-end. Untuk fasa yang akan datang, DOC2US akan mengintegrasikan teknologi blockchain dalam rekod kesihatan elektronik, kecerdasan buatan dan sistem tandatangan digital bagi menambahbaik penggunaan HOPE.

“Dengan kejayaan pelancaran di Myanmar, kami akan berkomunikasi dengan rakan kongsi lain di jiran negara kita seperti, Kemboja, Laos dan Vietnam untuk menambahbaik aksesibiliti kepada perkhidmatan kesihatan di negara-negara tersebut. Walaupun begitu, kami masih menambah sumber di Malaysia untuk meningkatkan pegangan saham pasaran dan menubuhkan ekosistem yang lebih baik di Asia Tenggara bersama dengan rakan-rakan strategik kami,” kata Dr Choy.

Tags :

  • #Myanmar |
  • #DOC2US

Share :

Written by

DOC2US

Latest Press Release

foodpanda and DOC2US Collaborate for Delivery Partners’ Health Screening Programme

Press Release For Immediate R...

Jun 10, 2022

foodpanda 与 DOC2US 联合为配送员实行健康检查计划

Jun 10, 2022

Foodpanda & DOC2US Bekerjasama Untuk Program Pemeriksaan Kesihatan Rakan Kongsi Penghantaran

Foodpanda & DOC2US Bekerja...

Jun 10, 2022

Watsons and DOC2US ink regional partnership agreement

PRESS RELEASE FOR IMMEDIAT...

May 18, 2022

Watsons Dan DOC2US Menandatangani Perjanjian Perkongsian Serantau

SIARAN AKHBAR UNTUK SIARAN...

May 18, 2022

屈臣氏与DOC2US签署区域合作协议

新闻稿 即时发布 ...

May 18, 2022

Introducing DOC2US, Your Trusted Online Doctor. With its name synonymous to “talk to us”, DOC2US is a mobile application that allows you to talk to a doctor or any healthcare professionals via text chat at any time and from anywhere.

USEFUL LINKS

  • Home
  • About Us
  • For Pharmacy
  • Health Tips
  • Feedback
  • Fun Facts
  • Contact Us
  • FAQ
  • Privacy Policy
  • Terms
  • Telemedicine Policy
  • Medicine e-Prescription SOP

SITEMAP

Copyright © 2022 DOC2US® - All Rights Reserved  |   Powered by etc web design