DOC2US Mencatatkan Dua Rekod “Malaysia Book of Records’
SIARAN AKHBAR
UNTUK EDARAN SEGERA
DOC2US Mencatatkan Dua Rekod “Malaysia Book of Records’
Di samping usaha membekalkan hampir 40,000 dos vaksin dalam sehari demi membantu Malaysia mencapai Imuniti Kelompok
Kuala Lumpur, 28 Jun – DOC2US, pembekal teleperubatan pertama di Malaysia yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, telah mencatatkan dua rekod iaitu “Sistem Preskripsi Elektronik Pertama dengan Tandatangan Digital” dan “Preskripsi Elektronik Tandatangan Digital Paling Banyak dalam Setahun” pada hari ini.
DOC2US, adalah yang pertama di Malaysia dalam meningkatkan kualiti memberi preskripsi dan ubat secara elektronik dengan mengikut piawaian Sistem Tandatangan Digital Trustgate yang diperakui oleh MSC, seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan patuh kepada Akta Tandatangan Digital 1997 dan Akta Racun 1952 Januari 2020. Kesan daripada pelaksanaan perintah kawalan pergerakan dalam negara, syarikat ini berjaya merangkul anugerah Malaysia Book of Records (MBOR) yang kedua melalui 216, 458 surat preskripsi elektronik yang telah ditandatangani dari Jun 2020 hingga Mei 2021.
Seiring dengan anugerah MBOR, Dr. Raymond Choy, selaku Ketua Pegawai Eksekutif berkata, “Kami berterima kasih dan berasa amat teruja dengan pengiktirafan tersebut. Semasa sistem ini mula dilancarkan pada 2017, hanya lebih kurang 500 surat preskripsi elektronik telah dijana oleh doktor secara atas talian. Walaupun terdapat perkembangan yang stabil, saban tahun, namun wabak pandemik telah menghasilkan lonjakan dalam penggunaan perkhidmatan secara atas talian. Sehingga kini, DOC2US telah menjana dan memproses lebih daripada 400,000 surat preskripsi elektronik dengan kekerapan 1 surat preskripsi elektronik setiap minit.”
Selain itu, DOC2US juga telah menyertai Program Imunisasi COVID-19 dalam negara secara aktif. DOC2US telah ditugaskan sebagai penganjur penjagaan kesihatan (HCO) di 9 buah pusat pemberian vaksin merangkumi Pusat Konvensyen Setia City 1, Pusat Konvensyen Setia City 2, D’Tempat Sendayan, Pusat Membeli-belah Tropicana Garden, Pusat Membeli-belah EVO Bangi, Aurora Place Bukit Jalil, Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya, dan Hotel De Palma Shah Alam, dan juga menggerakkan 6 pasukan untuk memberi vaksin di dewan komuniti dan pejabat korporat. Dengan ini, syarikat ini diunjurkan akan mentadbir hampir 40,000 dos sehari, dalam usaha membantu negara mencapai imuniti kelompok.
Di samping itu, DOC2US juga berhasrat untuk menguruskan pusat vaksinasi secara cekap seperti perkhidmatan di lapangan terbang dan membekalkan pengalaman yang menyeronokkan kepada setiap penggunanya. Oleh yang demikian, syarikat ini telah mengumpul lebih daripada 200 pakar penjagaan kesihatan dan beratus-ratus sukarelawan terutamanya dari kakitangan syarikat penerbangan yang diberhentikan kerja.
“Untuk memastikan penerima vaksin berasa selesa untuk vaksinasi,, kami menyediakan ‘Fun Team’ yang berdedikasi di setiap pusat vaksinasi untuk membantu penerima vaksin mengisi borang pendaftaran dan memberi peluang kepada mereka untuk bergambar sebagai bukti mereka telah divaksin.”
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Protect Health dan SelCare yang telah memberi kami peluang untuk memainkan peranan kami, memberi sumbangan kepada negara dan membantu rakyat Malaysia kembali kepada kehidupan yang mereka lalui sebelum wabak COVID-19 secepat mungkin. Kami juga berterima kasih kepada rakan strategik kami, AirAsia, MacroKiosk, Farmasi Alpro, Oxwhite, Agmo Studio, Homage, St John Ambulans Malaysia dan Strategic Public Relations Group atas sokongan yang diberikan serta kepada penaja yang hadir dengan sumbangan makanan, minuman dan barang-barang keperluan. “ ujar Dr Choy.