DOC2US Memenangi Anugerah serta Dilantik sebagai Kolaborator Perindustrian USM
SIARAN AKHBAR
UNTUK SIARAN SEGERA
DOC2US Memenangi Anugerah serta Dilantik sebagai Kolaborator Perindustrian USM
Kuala Lumpur (28 Mac, 2022) Penyedia perkhidmatan kesihatan digital tempatan, DOC2US membawa pulang dua anugerah bulan ini - Anugerah Rising Star SOBA 2021 di mana DOC2US diiktiraf sebagai perusahaan tempatan baharu yang terbaik dan akan datang yang telah mempamerkan potensi besar untuk menjadi sebuah syarikat yang berjaya di pasaran tempatan dan antarabangsa, dan Anugerah ASOCIO, diadakan dengan kerjasama Anugerah Teknologi Unicorn PIKOM 2021, dalam segmen Teknologi Kesihatan.
Dr. Raymond Choy, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas DOC2US berkata, “Proses pemajuan jenama kami sebagai wajah teleperubatan telah menjadi matlamat yang dikongsi oleh syarikat dan kakitangan kami. Kami berbesar hati untuk diiktirafkan atas usaha kami dan kami percaya bahawa ia adalah disebabkan visi kami untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti untuk orang ramai dan menyokong pendigitalan di Malaysia yang telah membuahkan hasil untuk kami hari ini.
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan yang sentiasa bekerja keras di DOC2US dan rakan kongsi kami atas sokongan berterusan yang telah membawa kepada kejayaan kami. Ini akan menjadi motivasi yang kuat bagi kami untuk terus meyumbangkan usaha yang terbaik dalam perjuangan kami untuk mengukuhkan DOC2US sebagai perusahaan yang menerajui masa depan ekosistem penjagaan kesihatan Malaysia.”
Selain itu, DOC2US juga telah dilantik sebagai Kolaborator Perindustrian rasmi baru - baru ini oleh Universiti Sains Malaysia (USM). Peranan ini adalah untuk menyampaikan kepakaran dan pengalaman DOC2US kepada pelajar dan kakitangan fakulti, serta memperkayakan mutu kajian Kesihatan Digital dan kesihatan awam Jabatan Perubatan Masyarakat USM.
“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan USM sebagai rakan usaha. DOC2US juga bersemangat untuk memupuk lebih ramai pakar perubatan dalam bidang kesihatan digital, dan kami meramalkan kami akan memimpin usaha kerjasama dengan lebih banyak lagi institut pendidikan dalam industri perubatan dan teknologi.” tambah Dr. Choy.