Pasukan sukarela COVID-19 menyokong rakyat Malaysia apabila kes meningkat semula
Kuala Lumpur, 9 Februari 2022 - Memandangkan peningkatan berterusan kes COVID-19 harian baharu yang mencecah lebih sepuluh ribu, DOC2US, sebuah khidmat nasihat perubatan atas talian, mengulangi komitmennya untuk menyokong rakyat Malaysia melawan COVID-19 dengan Konsultasi Atas Talian percuma melalui aplikasi MySejahtera dan DOC2US.
Dr Raymond Choy, Ketua Pegawai Eksekutif DOC2US berkata, “Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, dengan gelombang Omicron, bilangan kes yang semakin meningkat dijangka mencecah 15,000 tidak lama lagi. Kami melihat kebimbangan baharu di kalangan orang awam tentang COVID-19 dan varian baharu mengenai Konsultasi Atas Talian percuma yang telah kami bekalkan sejak Mac 2020.”
Pasukan sukarela COVID-19 DOC2US adalah perkhidmatan konsultasi kesihatan sukarela untuk membantu orang awam memperoleh maklumat yang mencukupi tentang penyebaran dan pengurusan wabak COVID-19 serta mengurangkan interaksi antara pesakit dan pakar kesihatan. Setakat ini, pasukan sukarela yang kini terdiri daripada 125 orang doktor dan profesional penjagaan kesihatan sukarela telah mencatatkan lebih 2.2 juta jam dalam memberikan nasihat perubatan tentang COVID-19 dan isu kesihatan yang berkaitan kepada orang awam sejak Mac 2020.
Baru-baru ini, KKM telah membahagikan simptom COVID-19 kepada Kategori 2A dan 2B, dan hanya pesakit yang menunjukkan simptom Kategori 2B dan ke atas perlu pergi ke pusat penilaian (CAC). Menurut COVIDNOW oleh KKM menunjukkan bahawa 87.7% kes aktif Covid-19 dikuarantin di rumah, manakala 5.7% dimasukkan ke hospital dan 0.2% memerlukan Unit Rawatan Rapi (ICU).
“Pasukan sukarela tersebut merupakan usaha yang bertujuan untuk mengurangkan beban sistem penjagaan kesihatan awam. Kami juga ingin memaklumkan kepada orang awam terutamanya mereka yang sedang kuarantin di rumah tentang bantuan yang sedia ada dan mudah diakses. Kami berharap khidmat nasihat perubatan kami dapat membantu mengurangkan kebimbangan pesakit Covid-19 yang berasa tidak berdaya dan terasing.” Dr Raymond menegaskan.
Untuk mendapatkan Konsultasi Atas Talian percuma, log masuk ke aplikasi MySejahtera anda, klik Kesihatan Digital (Digital Health) dalam menu, kemudian klik Virtual Health Advisory. Anda juga boleh klik pada COVID-19 Advisory melalui aplikasi DOC2US atau https://www.doc2us.com.