Siaran Media
Untuk Siaran Segera
DOC2US bekerjasama dengan PAPUH
Menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan atas talian kepada jemaah Umrah dan Haji
Kuala Lumpur, 20 Februari 2023 – Persatuan Agensi Pengembaraan Umrah dan Haji (PAPUH), persatuan umrah dan haji terbesar di Malaysia dan DOC2US, penyedia e-preskripsi dan kesihatan digital yang pertama dan terbesar di Malaysia, telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU). Majlis menandatangani perjanjian itu berlangsung semasa mesyuarat agung tahunan PAPUH yang diadakan pada Jumaat lepas di Hotel Grand Barakah, Kuala Lumpur.
DOC2US dengan PAPUH bekerjasama untuk menggabungkan perkhidmatan penjagaan kesihatan digital ke dalam pakej pelancongan kepada lebih 1000 agensi yang berdaftar di bawah PAPUH, dengan tujuan untuk menyertakan perkhidmatan penjagaan kesihatan maya secara menyeluruh untuk jemaah Haji Malaysia dalam perjalanan mereka ke Mekah dan Madinah untuk menunaikan Umrah dan Haji.
Untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan jemaah haji, Pengarah DOC2US, Dr Shukri Said mengulas, “Kami melihat peningkatan yang ketara perjalanan haji sejak pembukaan semula sempadan yang telah lama ditunggu-tunggu, Arab Saudi juga amat mengalu-alukan sepenuhnya jemaah asing untuk menunaikan Umrah dah Haji.”
DOC2US ingin hadir untuk membantu jemaah haji Malaysia dalam perjalanan jauh mereka ke tanah asing, dan memberi jaminan bahawa kesihatan mereka sentiasa dijaga semasa dalam perjalanan dengan perkhidmatan penjagaan kesihatan atas talian kami sepanjang perjalanan mereka.
Kami memahami kekecewaan dan kebimbangan mereka jika terjatuh sakit semasa dalam perjalanan, terutamanya apabila jemaah Haji tidak biasa dengan bahasa dan budaya apabila berada di negara asing. Ia juga menjadi sebuah kerisauan apabila kesihatan dan keselamatan terjejas semasa dalam perjalanan. Oleh itu, dengan MOU ini, jemaah haji akan berasa selamat dan tenang semasa menunaikan Umrah dan Haji, sama ada mereka bersendirian atau bersama orang tersayang, mereka sentiasa mengetahui bahawa kesihatan dan kesejahteraan mereka sentiasa terjaga.”
Ketika persiapan jemaah Haji Malaysia untuk ke Arab Saudi, kolaborasi ini akan menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan atas talian yang berpatutan dan mudah diakses seperti konsultasi kesihatan atas talian melalui teknologi dan aplikasi DOC2US. DOC2US juga akan menawarkan perkhidmatan vaksinasi untuk melindungi jemaah Haji sebelum perjalanan mereka. Presiden PAPUH, Dato Sri Razali Mohd Sham berkata, “Kos untuk menunaikan haji semakin menaik berikutan kenaikan cukai ditambah, ditambah lagi dengan peningkatan kos penginapan, makanan dan pengangkutan. Dengan nilai 'fardu kifayah' kami, kerjasama antara PAPUH dan DOC2US akan menyediakan konsultasi atas talian tanpa had untuk jemaah kami melalui teks, panggilan suara atau panggilan video, dengan doktor yang berlesen dan berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ini akan membantu jemaah Haji kami menguruskan perbelanjaan mereka kerana kos perubatan mungkin lebih tinggi di Arab Saudi.”
Sehingga kini, DOC2US mempunyai ekosistem telekesihatan terbesar di Malaysia, dengan rangkaian lebih 1500 cawangan farmasi yang bekerjasama dan lebih 1600 penyedia penjagaan kesihatan. Ekosistem kesihatan digital menghubungkan pesakit dengan doktor berlesen dan berdaftar di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja, sejurusnya memudahkan individu atau pesakit yang memerlukan. Dengan kadar konsultasi disediakan kepada lebih 2000 pesakit oleh doktor atas talian setiap hari, berikut dengan masa tindak balas kurang daripada 60 saat, DOC2US mempunyai purata penarafan perkhidmatan 4.77 daripada 5.
“Kami amat percayakan penjagaan kesihatan yang saksama, mampu milik, inklusif dan komprehensif untuk rakyat Malaysia sejak awal lagi, setia kepada nilai ini, kami berdedikasi untuk sentiasa menyokong rakyat Malaysia ke mana sahaja destinasi mereka. Kami berharap dapat melihat rakyat Malaysia sihat dan cergas dari awal perjalanan sehingga kepulangan mereka ke tanah air,” kata Dr Shukri.
Kapsyen Gambar
MoU antara DOC2US dan PAPUH: Pengarah DOC2US, Dr Shukri Said (ketiga dari kiri) dan Presiden PAPUH, Dato Sri Razali Mohd Sham (keempat dari kiri)
Tags :
Introducing DOC2US, Your Trusted Online Doctor. With its name synonymous to “talk to us”, DOC2US is a mobile application that allows you to talk to a doctor or any healthcare professionals via text chat at any time and from anywhere.