Xoom
  • Home (current)
  • Covid-19 Advisory
  • About Us
    • Vision, Mission & Core Values
    • Medical Board
    • The Team
    • Our Authorised Partner Pharmacies
    • Our Awards
  • Our Services
    • For Pharmacy
    • For Corporates
    • For Men's Sexual Health - DOC2MEN
    • Vaccination
    • COVID-19 HOME CARE PLAN
    • Diabetes Management
    • Virtual HIV/STD Clinic
  • MEDIA CENTRE
    • PRESS RELEASE
    • MEDIA KIT
    • NEWSROOM
  • Health Tips
  • ePharmacyNew!
    • Malaysia

Press Release Room

  • Home
  • Press Release
  • Syarikat Tempatan DOC2US Lancarkan Sistem Pintar Ujian Pantas RTKis COVID-19

SIARAN AKHBAR
UNTUK EDARAN SEGERA

 

Syarikat Tempatan DOC2US Lancarkan Sistem Pintar Ujian Pantas RTKis COVID-19
Penyelesaian menjimatkan kos memangkin aktiviti ekonomi di bawah Pelan Pemulihan Negara

 

Kuala Lumpur, 26 Julai – DOC2US, pembekal teleperubatan pertama yang menyediakan perkhidmatan e-preskripsi di Malaysia yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengumumkan pelancaran sistem proprietari bagi menguji, merekod, mengurus dan melaporkan kes COVID-19 untuk pihak korporat dan orang ramai. Sistem ini menyediakan kaedah yang menjimatkan, boleh dipercayai dan mudah digunakan dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi di bawah Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara.

RTKis (disebut sebagai Ar-Tee-kis) adalah penyelesaian komprehensif yang terdiri daripada kit ujian antigen RTK untuk kegunaan di rumah yang diluluskan oleh Medical Device Authority (MDA) yang membolehkan pengguna melakukan ujian kendiri COVID-19 di rumah dengan pengesahan identiti mereka serta pengesahan hasil ujian menggunakan artificial intelligence (AI) dalam platform DOC2US RTKis. Hasil positif kemudian akan dimuatnaik ke portal rasmi Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam (SIMKA) yang diselaraskan dengan aplikasi MySejehtera.

Dr. Raymond Choy, selaku Ketua Pegawai Eksekutif DOC2US berkata, “Berdasarkan garis panduan MITI, setiap pekerja wajib disaring sebanyak 2 kali seminggu dan hanya pekerja yang disahkan negatif dibenarkan bekerja. Banyak perniagaan mengalami kerugian hasil daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Oleh itu, penyelesaian yang boleh dipercayai, mudah diguna dan menjimatkan adalah amat penting supaya sektor-sektor tersebut dibenarkan untuk meneruskan aktiviti ekonomi mereka dengan mematuhi garis panduan MITI. "

Walaupun Sistem Pintar Kit Ujian Pantas COVID-19 RTKis mengandungi komponen penting bagi kit ujian rumah dan tidak memerlukan bantuan dari pegawai perubatan, DOC2US menggunakan teknologi AI untuk mengurangkan risiko penipuan yang berkaitan dengan sebarang pengakuan persendirian.

Tan Aik-Keong, Ketua Pegawai Teknologi DOC2US dan Ketua Pegawai Eksekutif Agmo Studio Sdn Bhd, yang mengembangkan sistem tersebut mengatakan, "Sistem kami dirancang secara komprehensif bagi mengurangkan kemungkinan berlakunya penipuan di mana pengguna mengakses platform DOC2US RTKis melalui kod QR yang khusus untuk setiap kit ujian antigen RTK Gmate yang dijual di bawah pakej kami. Pengguna juga perlu mengesahkan nombor telefon, ID dan proses ujian mereka melalui pengambilan gambar dan rakaman video. Sistem DOC2US menggunakan enjin pengelasan gambar dengan teknologi AI dan machine learning untuk mengenal pasti keputusan ujian berdasarkan gambar kit ujian yang dimuat naik.”

Kini, platform RTKis berfungsi dengan Kit Ujian Antigen Gmate Saliva yang diimport secara eksklusif oleh CityMedics. Mengenai ini, Dr Choy berkata, "Kami memilih untuk memulakan RTKis kami dengan kit ujian rumah Gmate kerana kit ini boleh dipercayai, dengan kepekaan 91% yang diakreditasi oleh Institut Penyelidikan Perubatan, Malaysia, tidak invasif, sangat mudah digunakan sehingga pengguna dapat melakukan ujian ini walaupun berada di rumah, dan tidak memerlukan doctor untuk melakukan ujian tersebut. Namun begitu, penyelesaian kami juga boleh digunakan dengan kit ujian lain."

Sistem Pintar Kit Ujian Pantas COVID-19 oleh DOC2US tersebut dijual pada harga RM45 setiap pakej dan sedia ada untuk syarikat yang berminat melalui talian hotline DOC2US 013 - 286 2923.

Gambar menunjukkan Paparan Pengguna RTKis DOC2US

***TAMAT***

Tags :

  • RTKis |
  • DOC2US |
  • COVID-19

Share :

Written by

DOC2US

Latest Press Release

foodpanda and Heydoc Health Launch Malaysia’s First Outpatient Care for Gig Workers

Press Release For Immediate...

Jul 17, 2025

Malaysia Launches First AI Tool for Drug Pricing Transparency

PRESS RELEASE FOR IMMEDIATE...

May 26, 2025

Heydoc Health Launches Malaysia’s First Fully Integrated Digital e-Referral Solutions via DOC2US

PRESS RELEASE FOR IMMEDIATE...

May 01, 2025

2 Million Electronic Prescriptions Issued by DOC2US

Dec 11, 2023

ISN DAN DOC2US MEMANTAPKAN SOKONGAN KESIHATAN MENTAL UNTUK ATLET-ATLET NEGARA

Siaran Media  Untuk Si...

Aug 29, 2023

ISN, DOC2US Bolster Mental Health Support for National Athletes

Press Release   F...

Aug 29, 2023

Introducing DOC2US, Your Trusted Online Doctor. With its name synonymous to “talk to us”, DOC2US is a mobile application that allows you to talk to a doctor or any healthcare professionals via text chat at any time and from anywhere.

USEFUL LINKS

  • Home
  • About Us
  • For Pharmacy
  • Health Tips
  • Feedback
  • Fun Facts
  • Contact Us
  • FAQ
  • Privacy Policy
  • Terms
  • Telemedicine Policy
  • Medicine e-Prescription SOP

SITEMAP

Copyright © 2025 HEYDOC INTERNATIONAL SDN. BHD. (1141230-T) - ALL RIGHTS RESERVED  |   Powered by etc web design