DOC2US menyeru pakar kesihatan untuk menyertai pasukan sukarela COVID-19
SIARAN AKHBAR
UNTUK SIARAN SERTA-MERTA
Doc2Us menyeru pakar kesihatan untuk menyertai pasukan sukarela COVID-19
Kuala Lumpur, March 21 - DOC2US, sebuah khidmat nasihat perubatan atas talian, sedang menyeru pakar kesihatan untuk menyertai pasukan sukarela COVID-19. Pasukan sukarela tersebut bertujuan membantu golongan awam mendapatkan maklumat tepat tentang COVID-19, terutamanya maklumat yang berkaitan dengan kejangkitan dan perawatan COVID-19, serta mengurangkan perhubungan rapat antara pakar kesihatan dan pesakit.
Servis ini terbuka untuk menerima sebarang-barang pertanyaan mengenai COVID-19 daripada orang awam secara percuma.
Pasukan sukarela COVID-19 ini terdiri daripada doktor dan pakar kesihatan. Usaha ini juga bertujuan untuk mengurakan beban sistem kesihatan awam dan membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memperlahankan jangkitan COVID-19.
Dr Raymond Choy, Ketua Pegawai Eksekutif Doc2Us berkata, “Kita mendapati bahawa terdapat banyak maklumat palsu mengenai COVID-19. Semua maklumat tersebut tidak disahkan oleh Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) atau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Walaubagaimanapun, orang awam masih mempercayai dan saling mengongsikan maklumat palsu tersebut. Ini amat membimbangkan sebab fenomena ini akan memudaratkan kesihatan awam Malaysia.”
Pasukan sukarela ini hanya memberikan nasihat umum mengenai perebakan COVID-19, gejala-gejala akibat jangkitan COVID-19, kebersihan diri, kuarantin, jarak sosial dan sebagainya.
Sukarelawan dalam pasukan ini akan sentiasa menasihati individu yang mempunyai gejala-gejala COVID-19 untuk mendapatkan pemeriksaan dan manjalankan proses penapisan lanjut di hospital-hospital kerajaan.
Sejak semlam, 1030 kes COVID-19 telah direkodkan. Pihak kerajaan Malaysia telah mengambil langkah-langkah ketat untuk mengehadkan penularan COVID-19.
“Kami dari Doc2Us ingin mengurangkan kerisauan orang awam dan memberikan nasihat perubatan yang tepat untuk mengehadkan pengguna servis ini keluar daripada rumah sendiri. Ini merupakan sebuah peluang untuk pakar kesihatan menyumbangkan masa dan kepakaran tanpa merisaui risiko dijangkiti COVID-19. Kita percaya bahawa sumbangan masa dan kepakaran perubatan pada masa kritikal ini akan memudahkan perlawanan perebakan COVID-19. Kita juga ingin mengambilkan peluang ini untuk menegaskan bahawa sesiapa yang memounyai gejala-gejala COVID-19 untuk mendapat pemeriksaan dan rawatan lanjut di hospital-hospital kerajaan.” katanya Dr.Raymond Choy.