Xoom
  • Home (current)
  • Covid-19 Advisory
  • About Us
    • Vision, Mission & Core Values
    • Medical Board
    • The Team
    • Our Authorised Partner Pharmacies
    • Our Awards
  • Our Services
    • For Pharmacy
    • For Corporates
    • For Men's Sexual Health - DOC2MEN
    • Vaccination
    • COVID-19 HOME CARE PLAN
    • Diabetes Management
    • Virtual HIV/STD Clinic
  • MEDIA CENTRE
    • PRESS RELEASE
    • MEDIA KIT
    • NEWSROOM
  • Health Tips
  • ePharmacyNew!
    • Malaysia

Press Release Room

  • Home
  • Press Release
  • DOC2US Mencatatkan Dua Rekod “Malaysia Book of Records’

SIARAN AKHBAR
UNTUK EDARAN SEGERA

 

DOC2US Mencatatkan Dua Rekod “Malaysia Book of Records’

Di samping usaha membekalkan hampir 40,000 dos vaksin dalam sehari demi membantu Malaysia mencapai Imuniti Kelompok

 

Kuala Lumpur, 28 Jun – DOC2US, pembekal teleperubatan pertama di Malaysia yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, telah mencatatkan dua rekod iaitu “Sistem Preskripsi Elektronik Pertama dengan Tandatangan Digital” dan “Preskripsi Elektronik Tandatangan Digital Paling Banyak dalam Setahun” pada hari ini.


DOC2US, adalah yang pertama di Malaysia dalam meningkatkan kualiti memberi preskripsi dan ubat secara elektronik dengan mengikut piawaian Sistem Tandatangan Digital Trustgate yang diperakui oleh MSC, seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan patuh kepada Akta Tandatangan Digital 1997 dan Akta Racun 1952 Januari 2020. Kesan daripada pelaksanaan perintah kawalan pergerakan dalam negara, syarikat ini berjaya merangkul anugerah Malaysia Book of Records (MBOR) yang kedua melalui 216, 458 surat preskripsi elektronik yang telah ditandatangani dari Jun 2020 hingga Mei 2021.


Seiring dengan anugerah MBOR, Dr. Raymond Choy, selaku Ketua Pegawai Eksekutif berkata, “Kami berterima kasih dan berasa amat teruja dengan pengiktirafan tersebut. Semasa sistem ini mula dilancarkan pada 2017, hanya lebih kurang 500 surat preskripsi elektronik telah dijana oleh doktor secara atas talian. Walaupun terdapat perkembangan yang stabil, saban tahun, namun wabak pandemik telah menghasilkan lonjakan dalam penggunaan perkhidmatan secara atas talian. Sehingga kini, DOC2US telah menjana dan memproses lebih daripada 400,000 surat preskripsi elektronik dengan kekerapan 1 surat preskripsi elektronik setiap minit.”


Selain itu, DOC2US juga telah menyertai Program Imunisasi COVID-19 dalam negara secara aktif. DOC2US telah ditugaskan sebagai penganjur penjagaan kesihatan (HCO) di 9 buah pusat pemberian vaksin merangkumi Pusat Konvensyen Setia City 1, Pusat Konvensyen Setia City 2, D’Tempat Sendayan, Pusat Membeli-belah Tropicana Garden, Pusat Membeli-belah EVO Bangi, Aurora Place Bukit Jalil, Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya, dan Hotel De Palma Shah Alam, dan juga menggerakkan 6 pasukan untuk memberi vaksin di dewan komuniti dan pejabat korporat. Dengan ini, syarikat ini diunjurkan akan mentadbir hampir 40,000 dos sehari, dalam usaha membantu negara mencapai imuniti kelompok.


Di samping itu, DOC2US juga berhasrat untuk menguruskan pusat vaksinasi secara cekap seperti perkhidmatan di lapangan terbang dan membekalkan pengalaman yang menyeronokkan kepada setiap penggunanya. Oleh yang demikian, syarikat ini telah mengumpul lebih daripada 200 pakar penjagaan kesihatan dan beratus-ratus sukarelawan terutamanya dari kakitangan syarikat penerbangan yang diberhentikan kerja.


“Untuk memastikan penerima vaksin berasa selesa untuk vaksinasi,, kami menyediakan ‘Fun Team’ yang berdedikasi di setiap pusat vaksinasi untuk membantu penerima vaksin mengisi borang pendaftaran dan memberi peluang kepada mereka untuk bergambar sebagai bukti mereka telah divaksin.” 

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Protect Health dan SelCare yang telah memberi kami peluang untuk memainkan peranan kami, memberi sumbangan kepada negara dan membantu rakyat Malaysia kembali kepada kehidupan yang mereka lalui sebelum wabak COVID-19 secepat mungkin. Kami juga berterima kasih kepada rakan strategik kami, AirAsia, MacroKiosk, Farmasi Alpro, Oxwhite, Agmo Studio, Homage, St John Ambulans Malaysia dan Strategic Public Relations Group atas sokongan yang diberikan serta kepada penaja yang hadir dengan sumbangan makanan, minuman dan barang-barang keperluan. “ ujar Dr Choy.

***TAMAT***

Tags :

  • DOC2US |
  • MBOR |
  • Preskripsi Elektronik |
  • Pertama |
  • Malaysian Book of Records

Share :

Written by

DOC2US

Latest Press Release

foodpanda and Heydoc Health Launch Malaysia’s First Outpatient Care for Gig Workers

Press Release For Immediate...

Jul 17, 2025

Malaysia Launches First AI Tool for Drug Pricing Transparency

PRESS RELEASE FOR IMMEDIATE...

May 26, 2025

Heydoc Health Launches Malaysia’s First Fully Integrated Digital e-Referral Solutions via DOC2US

PRESS RELEASE FOR IMMEDIATE...

May 01, 2025

2 Million Electronic Prescriptions Issued by DOC2US

Dec 11, 2023

ISN DAN DOC2US MEMANTAPKAN SOKONGAN KESIHATAN MENTAL UNTUK ATLET-ATLET NEGARA

Siaran Media  Untuk Si...

Aug 29, 2023

ISN, DOC2US Bolster Mental Health Support for National Athletes

Press Release   F...

Aug 29, 2023

Introducing DOC2US, Your Trusted Online Doctor. With its name synonymous to “talk to us”, DOC2US is a mobile application that allows you to talk to a doctor or any healthcare professionals via text chat at any time and from anywhere.

USEFUL LINKS

  • Home
  • About Us
  • For Pharmacy
  • Health Tips
  • Feedback
  • Fun Facts
  • Contact Us
  • FAQ
  • Privacy Policy
  • Terms
  • Telemedicine Policy
  • Medicine e-Prescription SOP

SITEMAP

Copyright © 2025 HEYDOC INTERNATIONAL SDN. BHD. (1141230-T) - ALL RIGHTS RESERVED  |   Powered by etc web design