Xoom
  • Home (current)
  • Covid-19 Advisory
  • About Us
    • Vision, Mission & Core Values
    • Medical Board
    • The Team
    • Our Authorised Partner Pharmacies
    • Our Awards
  • Our Services
    • For Pharmacy
    • For Corporates
    • For Men's Sexual Health - DOC2MEN
    • Vaccination
    • COVID-19 HOME CARE PLAN
    • Diabetes Management
    • Virtual HIV/STD Clinic
  • MEDIA CENTRE
    • PRESS RELEASE
    • MEDIA KIT
    • NEWSROOM
  • Health Tips
  • ePharmacyNew!
    • Malaysia

Press Release Room

  • Home
  • Press Release
  • DOC2US, hasil ciptaan tempatan, merombak semula penjagaan kesihatan digital, Penyatuan dengan aplikasi AIA Malaysia My AIA menandakan permulaan kemajuan dalam perkhidmatan teleperubatan in-app yang lebih rancak

SIARAN AKHBAR
UNTUK SIARAN SERTA-MERTA

 

DOC2US, hasil ciptaan tempatan,  merombak semula penjagaan kesihatan digital 

Penyatuan dengan aplikasi AIA Malaysia My AIA menandakan permulaan kemajuan dalam perkhidmatan teleperubatan in-app yang lebih rancak 

Kuala Lumpur, 19 April 2021 - DOC2US adalah syarikat teleperubatan pertama dan satu-satunya di Malaysia yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan e-preskripsi yang ditandatangani secara digital. Kini, DOC2US mengumumkan kerjasama strategik bersama AIA Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan dan program kesihatan secara maya untuk pelanggan AIA individu dan korporat. 

 

DOC2US telah berjaya menyelaraskan integrasi penuh dengan aplikasi super AIA Malaysia, My AIA, untuk memberikan pengguna akses mudah alih kepada perkhidmatan kesihatan secara maya di hujung jari. Melalui jalinan yang ringkas dan mudah di dalam aplikasi AIA, pengguna boleh mendapati nasihat profesional daripada pakar kesihatan melalui pesanan teks atau panggilan video tanpa berjumpa doktor secara fizikal. Setelah pesakit menerima e-preskripsi daripada doktor melalui DOC2US, farmasi rakan kongsi akan menyediakan preskripsi tersebut. Bagi pesakit yang memilih untuk ubat mereka dihantarkan ke rumah -, penghantaran ubat mereka yang dilengkapi dengan barcode, akan dihantar oleh penunggang-penungang yang terlatih untuk penghantaran ubat yang selamat.

 

"Dengan kerjasama sistem yang komprehensif, pelanggan AIA kini dapat mengakses perkhidmatan dari DOC2US melalui aplikasi My AIA tanpa perlu memuat turun aplikasi lain. Dengan kejayaan pelancaran ini, kami melihat peluang besar dalam membolehkan mana-mana aplikasi dilengkapi dengan perkhidmatan telemedicine, ”kata Tan Aik Keong, Ketua Pegawai Teknologi DOC2US.

 

Teknologi yang digunakan dalam DOC2US dimajukan oleh sepasukan jurutera tempatan yang diketuai oleh Tan, dimana pasukan tersebut telah memulakan ujian integrasi dan menjalankan ujian seawal Januari 2020. Selain integrasi dalam aplikasi dengan AIA , DOC2US adalah satu-satunya aplikasi penasihat kesihatan yang disatukan dengan aplikasi MySejahtera. Ini juga membenarkan Country Garden mempunyai perkhidmatan teleperubatan untuk penghuni-penghuninya dan berfungsi sebagai doktor keluarga kejiranan atas talian. DOC2US juga telah mengintegrasikan platform teleperubatannya ke dalam aplikasi MiCare MyMed untuk membolehkan pelanggan dan pekerja berunding dengan doktor atas talian dan mendapatkan ubat yang akan dihantar ke rumah dengan lancar. Selain itu, DOC2US telah bekerjasama dengan Gribbles Pathology, rangkaian makmal terbesar rantau ini, , untuk memberikan pengalaman yang lancar kepada pesakit dan pengguna terutamanya untuk perkhidmatan e-permintaan makmal dan dan semakan masa nyata.dengan doktor atas talian. DOC2US juga bekerjasama dengan rangkaian farmasi preskripsi terbesar di Malaysia, Alpro Pharmacy, dalam memproses dan mengeluarkan e-preskripsi selaras dengan syarikat perkhidmatan penghantaran ekspres domestik & antarabangsa yang terkemuka, GDEX, dalam memberikan penghantaran ubat terakhir kepada pesakit. DOC2US bukan sahaja menjadikan perkhidmatan kesihatan lebih mudah diakses tetapi menawarkan penyelesaian sehenti yang mudah di hujung jari.

 

“Di DOC2US, kami benar-benar percaya pada hiperlokalisasi, oleh itu hasil ciptaan tempatan kami dibina oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia dengan tujuan meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan rakyat kita. Kerjasama ini tidak hanya akan memperbaikan pengalaman dan penglibatan dalam penjagaan kesihatan, tetapi juga meningkatkan landskap kesihatan melalui teknologi digital yang berkualiti tinggi, ”kata Dr Raymond Choy, Ketua Pegawai Eksekutif DOC2US.

image1.jpg   Graphical user interface, application

Description automatically generated

Diagram, logo, company name

Description automatically generated   A picture containing graphical user interface

Description automatically generated

Tags :

  • e-preskripsi |
  • AIA Malaysia |
  • Alpro Pharmacy |
  • GDEX |
  • teleperubatan

Share :

Written by

DOC2US

Latest Press Release

foodpanda and Heydoc Health Launch Malaysia’s First Outpatient Care for Gig Workers

Press Release For Immediate...

Jul 17, 2025

Malaysia Launches First AI Tool for Drug Pricing Transparency

PRESS RELEASE FOR IMMEDIATE...

May 26, 2025

Heydoc Health Launches Malaysia’s First Fully Integrated Digital e-Referral Solutions via DOC2US

PRESS RELEASE FOR IMMEDIATE...

May 01, 2025

2 Million Electronic Prescriptions Issued by DOC2US

Dec 11, 2023

ISN DAN DOC2US MEMANTAPKAN SOKONGAN KESIHATAN MENTAL UNTUK ATLET-ATLET NEGARA

Siaran Media  Untuk Si...

Aug 29, 2023

ISN, DOC2US Bolster Mental Health Support for National Athletes

Press Release   F...

Aug 29, 2023

Introducing DOC2US, Your Trusted Online Doctor. With its name synonymous to “talk to us”, DOC2US is a mobile application that allows you to talk to a doctor or any healthcare professionals via text chat at any time and from anywhere.

USEFUL LINKS

  • Home
  • About Us
  • For Pharmacy
  • Health Tips
  • Feedback
  • Fun Facts
  • Contact Us
  • FAQ
  • Privacy Policy
  • Terms
  • Telemedicine Policy
  • Medicine e-Prescription SOP

SITEMAP

Copyright © 2025 HEYDOC INTERNATIONAL SDN. BHD. (1141230-T) - ALL RIGHTS RESERVED  |   Powered by etc web design