Xoom
  • Home (current)
  • Covid-19 Advisory
  • About Us
    • Vision, Mission & Core Values
    • Medical Board
    • The Team
    • Our Authorised Partner Pharmacies
    • Our Awards
  • Our Services
    • For Pharmacy
    • For Corporates
    • Vaccination
    • COVID-19 HOME CARE PLAN
    • Diabetes Management
    • Virtual HIV/STD Clinic
  • MEDIA CENTRE
    • PRESS RELEASE
    • MEDIA KIT
    • NEWSROOM
  • Health Tips
  • ePharmacyNew!
    • Malaysia

Newsroom

  • Home
  • Newsroom
  • [Tajria] Ketahui Bahaya Penyakit Bawaan Air - Alpro Pharmacy, DOC2US Perkenalkan Program Penjagaan Perubatan Penyakit Kronik

Ketahui Bahaya Penyakit Bawaan Air - Alpro Pharmacy, DOC2US Perkenalkan Program Penjagaan Perubatan Penyakit Kronik

Susulan isu banjir terburuk yang pernah direkodkan dalam sejarah negara, rangkaian farmasi terbesar di Malaysia, Alpro Pharmacy dan penyedia perubatan atas-talian, DOC2US, telah bekerjasama untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit bawaan banjir.

Usai banjir, semestinya proses pemulihan giat dijalankan. Sebagai sebuah komuniti farmasi, Alpro ingin menekankan bahawa sanitasi dan kebersihan perlu dijaga lebih-lebih lagi di kawasan banjir kerana ia berkemungkinan besar boleh menyebabkan penyakit bawaan banjir seperti Leptospirosis, Taun dan Denggi.

Apa Itu Leptospirosis?

Leptospirosis adalah sejenis penyakit yang biasanya merebak melalui sentuhan dengan air atau tanah yang tercemar oleh air kencing haiwan yang telah dijangkiti.

Untuk individu yang telah dijangkiti, tempoh inkubasi boleh mengambil masa 2 hingga 10 hari. Antara gejala yang akan dialami pada fasa awal jangkitan termasuklah:

  • demam
  • menggigil
  • sakit kepala
  • sakit otot
  • muntah 
  • cirit-birit

Jadinya, jika anda terlibat dalam membersihkan dan melakukan aktiviti di kawasan yang berisiko tinggi, anda digalakkan untuk mengurangkan risiko dengan memakai but, cermin mata dan sarung tangan untuk melindungi diri dan kulit daripada dijangkiti.

Apa Itu Taun?

Penyakit Taun atau lebih dikenali sebagai Cholera berjangkit melalui makanan atau air minuman yang telah tercemar dengan bakteria Vibrio Cholerae.

Kesan yang ketara sekiranya anda mengalami penyakit ini adalah cirit-birit yang teruk, dehidrasi dan juga kematian dalam masa beberapa jam jika tidak dirawat.

Untuk mengelakkan jangkitan taun, anda boleh mengambil air dan makanan yang telah dimasak dengan sempurna.

Apa Itu Denggi?

Denggi adalah jangkitan virus yang disebabkan oleh virus denggi yang biasanya boleh menular melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti.

Virus denggi boleh membawa selesema yang teruk, kadangkala menyebabkan komplikasi yang boleh membawa maut yang dipanggil ‘Severe Dengue’. Masalah ini boleh berlaku akibat daripada peningkatan kolam air di sekitar kawasan banjir sekaligus menyebabkan kes denggi mula meningkat.

Antara simptom umum denggi termasuklah demam, sakit kepala, cirit-birit, sakit otot, dan muntah. Sekiranya ada simptom sedemikian, anda disarankan untuk kunjungi klinik dan hospital berhampiran anda dengan segera.

Program Penjagaan Perubatan Penyakit Kronik

Bagi membantu mangsa banjir yang memerlukan ubat-ubatan yang bersesuaian, Alpro dan DOC2US memperkenalkan Program Penjagaan Perubatan Penyakit Kronik.

Melalui program ini, Alpro Pharmacy akan menyediakan bekalan ubat kronik sekali sahaja kepada komuniti yang terjejas akibat bencana alam sehingga 7 hari secara percuma.

Pengguna yang terjejas boleh mengunjungi mana-mana 165 cawangan Alpro Pharmacy di Malaysia untuk maklumat lanjut.

Apa yang perlu anda lakukan adalah menyediakan salinan laporan polis mengenai banjir untuk tujuan pengesahan. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan konsultasi percuma dan preskripsi digital mereka dengan DOC2US pada masa yang sama.

Inisiatif Program Penjagaan Perubatan Penyakit Kronik adalah sebahagian daripada komitmen Alpro dan DOC2US untuk menyediakan sokongan penjagaan kesihatan kepada komuniti yang terjejas akibat bencana alam.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif, kunjungi ke Alpro Pharmacy terdekat, atau hubungi talian Khidmat Pelanggan Alpro Pharmacy di 019-6129006 atau WhatsApp efarmasi di 019-7021923.

Original source

Tags :

  • Alpro Pharmacy |
  • Program Penjagaan Perubatan Penyakit Kronik |
  • penyakit bawaan banjir

Share :

Written by

DOC2US

Latest News

Celebrating 2 Million Electronic Prescriptions Milestone at DOC2US!

Celebrating 2 Million Electron...

Dec 12, 2023

DOC2US, University of Malaya & Taylor’s University Achieve Milestone Publication in Sage Journals

DOC2US, University of Malaya &...

Nov 24, 2023

Haier Teams Up with DOC2US and AIA to Prioritise Employee Health

Haier Teams Up with DOC2US and...

Nov 23, 2023

DOC2US Backs Gentari's Employee Wellbeing Initiative

DOC2US Backs Gentari's Employe...

Nov 15, 2023

Citibank Collaborates With DOC2US for On-Site Flu Vaccination & Health Screening

Citibank Collaborates With DOC...

Nov 06, 2023

Standard Chartered Initiates Second Round of Flu Vaccinations and Basic Health Screenings in Response to High Demand

Standard Chartered Initiates S...

Oct 27, 2023

Introducing DOC2US, Your Trusted Online Doctor. With its name synonymous to “talk to us”, DOC2US is a mobile application that allows you to talk to a doctor or any healthcare professionals via text chat at any time and from anywhere.

USEFUL LINKS

  • Home
  • About Us
  • For Pharmacy
  • Health Tips
  • Feedback
  • Fun Facts
  • Contact Us
  • FAQ
  • Privacy Policy
  • Terms
  • Telemedicine Policy
  • Medicine e-Prescription SOP

SITEMAP

Copyright © 2025 HEYDOC INTERNATIONAL SDN. BHD. (1141230-T) - ALL RIGHTS RESERVED  |   Powered by etc web design