Xoom
  • Home (current)
  • Covid-19 Advisory
  • About Us
    • Vision, Mission & Core Values
    • Medical Board
    • The Team
    • Our Authorised Partner Pharmacies
    • Our Awards
  • Our Services
    • For Pharmacy
    • For Corporates
    • Vaccination
    • COVID-19 HOME CARE PLAN
    • Diabetes Management
    • Virtual HIV/STD Clinic
  • MEDIA CENTRE
    • PRESS RELEASE
    • MEDIA KIT
    • NEWSROOM
  • Health Tips
  • ePharmacyNew!
    • Malaysia

Newsroom

  • Home
  • Newsroom
  • [Mstar] Pentingkah jenama vaksin sebelum ambil suntikan? Ini jawapan kepada persoalan yang mungkin ada di minda anda sebelum ini

SEJAK Mac 2020 satu unit sukarelawan Covid-19 dikenali sebagai DOC2US yang diintegrasikan bersama aplikasi MySejahtera telah ditubuhkan.

Dengan penularan wabak Covid-19, pihak DOC2US mendapat pelbagai pertanyaan dan soalan termasuklah tentang sama ada penting untuk mengambil kira jenama vaksin sebelum menerima sebarang suntikan.

Pasukan sukarelawan ini juga menjadi satu-satunya aplikasi penasihat kesihatan terdiri daripada doktor dan pakar kesihatan bagi membantu meningkatkan kesedaran masyarakat tentang cara menangani wabak Covid-19.

Menjelaskan perkara itu, Ketua Pengarah Perubatan DOC2US, Dr Ming Lee Ng berkata vaksin yang berlainan jenama mempunyai tahap keberkesanan berbeza dan ini merupakan perkara rumit kerana setiap jenis menggunakan kaedah penilaian keberkesanan berbeza.



Ketua Pengarah Perubatan DOC2US, Dr Ming Lee Ng.

Jelas Dr Ming, jenama bukan isu yang harus diberi perhatian sebaliknya mencapai imuniti kelompok iaitu sekurang-kurangnya 80 peratus rakyat Malaysia menerima suntikan vaksin Covid-19 adalah lebih penting.

Menurut Our World In Data, hanya 2.4 peratus rakyat Malaysia telah diberi suntikan vaksin Covid-19 yang lengkap setakat 17 Mei 2021.

Hal ini amat membimbangkan kerana Malaysia sudah ketinggalan dalam tahap penyuntikan vaksin berbanding global yang telah mencecah 4.6 peratus.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Antara soalan-soalan yang paling lazim diterima oleh pasukan sukarelawan Covid-19 termasuk:

1. Adakah jenama vaksin Covid-19 penting?

2. Sekiranya saya tidak dapat hadir untuk temu janji suntikan Covid-19, bolehkah saya batalkan temu janji saya pada hari tersebut juga?

Secara amnya, boleh. Suntikan vaksin ini adalah tindakan sukarela dan tidak akan menimbulkan dakwaan sekiranya temu janji suntikan vaksin dibatalkan.

3. Bagaimanakah cara untuk melaporkan kesan sampingan vaksin saya?

4. Boleh saya tahu lebih lanjut tentang kaitan pembekuan darah dan vaksin Covid-19?

Beberapa pihak di sesetengah negara berspekulasi bahawa vaksin jenama AstraZeneca dan Johnson & Johnson mempunyai kaitan dengan beberapa kes yang jarang tetapi ketara tentang pembekuan darah.

Apabila dinyatakan bahawa vaksin AstraZeneca dan Johnson & Johnson ini berkaitan dengan pembekuan darah, ini tidak bermaksud bahawa vaksin ini penyebab langsung pembekuan darah.

Sebenarnya, kaitan antara vaksin ini dan pembekuan darah masih tidak jelas dan para saintis juga tidak mempunyai satu jawapan yang tepat.

5. Bolehkah wanita yang mengandung mendapatkan suntikan Covid-19?

Ketika ini, tiada kajian mengenai penggunaan vaksin Covid-19 dalam wanita yang mengandung atau wanita yang sedang menyusu dijalankan.

Informasi tentang keselamatan vaksinasi Covid-19 dalam golongan masyarakat ini masih tidak jelas. Namun, ini tidak bermaksud bahawa vaksin Covid-19 ini tidak selamat untuk golongan yang mengandung dan menyusu.

6. Adakah semakin ramai golongan muda di Malaysia dijangkiti Covid-19?

Berdasarkan analisis yang dipaparkan oleh CodeBlue, kadar kematian golongan tua yang berumur 65 ke atas merangkumi 59.5 peratus daripada jumlah kes kematian.

Tetapi, dari 31 Mac hingga 4 Mei, untuk kali pertama, kadar kematian golongan muda berumur antara 25 higga 54 tahun telah melebihi jumlah kematian golongan yang lebih tua, iaitu golongan yang berumur antara 55 hingga 64 tahun.

Ini bermaksud, semakin ramai golongan masyarakat yang muda dijangkiti dan meninggal akibat Covid-19.

7. Saya telah diuji positif Covid-19 dan sedang menjalankan kuarantin di rumah. Ketika ini, saya masih belum menerima panggilan dari KKM. Apakah yang perlu saya lakukan ketika ini?

Sekiranya orang ramai mempunyai masalah atau persoalan berkaitan Covid-19, hubungilah pasukan sukarelawan COVID-19 DOC2US secara percuma di MySejahtera (MySejahtera>Digital Health>VHA>DOC2US). Perkhidmatan ini adalah percuma.

Tags :

  • covid19vaccines |
  • Covid-19 |
  • MySejahtera |
  • DOC2US |
  • talian Covid-19 |
  • soalan lazim |
  • pandemik |
  • vaksin |
  • jenama vaksin |
  • kesihatan

Share :

Written by

DOC2US

Latest News

Celebrating 2 Million Electronic Prescriptions Milestone at DOC2US!

Celebrating 2 Million Electron...

Dec 12, 2023

DOC2US, University of Malaya & Taylor’s University Achieve Milestone Publication in Sage Journals

DOC2US, University of Malaya &...

Nov 24, 2023

Haier Teams Up with DOC2US and AIA to Prioritise Employee Health

Haier Teams Up with DOC2US and...

Nov 23, 2023

DOC2US Backs Gentari's Employee Wellbeing Initiative

DOC2US Backs Gentari's Employe...

Nov 15, 2023

Citibank Collaborates With DOC2US for On-Site Flu Vaccination & Health Screening

Citibank Collaborates With DOC...

Nov 06, 2023

Standard Chartered Initiates Second Round of Flu Vaccinations and Basic Health Screenings in Response to High Demand

Standard Chartered Initiates S...

Oct 27, 2023

Introducing DOC2US, Your Trusted Online Doctor. With its name synonymous to “talk to us”, DOC2US is a mobile application that allows you to talk to a doctor or any healthcare professionals via text chat at any time and from anywhere.

USEFUL LINKS

  • Home
  • About Us
  • For Pharmacy
  • Health Tips
  • Feedback
  • Fun Facts
  • Contact Us
  • FAQ
  • Privacy Policy
  • Terms
  • Telemedicine Policy
  • Medicine e-Prescription SOP

SITEMAP

Copyright © 2025 HEYDOC INTERNATIONAL SDN. BHD. (1141230-T) - ALL RIGHTS RESERVED  |   Powered by etc web design