Xoom
  • Home (current)
  • Covid-19 Advisory
  • About Us
    • Vision, Mission & Core Values
    • Medical Board
    • The Team
    • Our Authorised Partner Pharmacies
    • Our Awards
  • Our Services
    • For Pharmacy
    • For Corporates
    • For Men's Sexual Health - DOC2MEN
    • Vaccination
    • COVID-19 HOME CARE PLAN
    • Diabetes Management
    • Virtual HIV/STD Clinic
  • MEDIA CENTRE
    • PRESS RELEASE
    • MEDIA KIT
    • NEWSROOM
  • Health Tips
  • ePharmacyNew!
    • Malaysia

Newsroom

  • Home
  • Newsroom
  • [DagangNews.com] DOC2US, Papuh sediakan penjagaan kesihatan dalam talian kepada jemaah haji dan umrah

DOC2US, Papuh sediakan penjagaan kesihatan dalam talian kepada jemaah haji dan umrah


Gambar hiasan
Oleh ZULFADI SHARIFUDIN
mohdzulfadi@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 20 Feb - Persatuan Agensi Pengembaraan Umrah dan Haji (Papuh) dan DOC2US menjalin kerjasama untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan secara dalam talian kepada jemaah dari Malaysia yang dalam perjalanan menunaikan ibadah haji dan umrah ke Mekah serta Madinah.

Kedua-dua pihak akan menggabungkan perkhidmatan penjagaan kesihatan digital itu ke dalam pakej pelancongan kepada lebih 1,000 agensi yang berdaftar di bawah Papuh, sekali gus dapat memenuhi keperluan penjagaan kesihatan para jemaah.

Pengarah DOC2US, Dr Shukri Said berkata, pihaknya melihat peningkatan yang ketara perjalanan haji sejak pembukaan semula sempadan yang telah lama ditunggu-tunggu.

Katanya, pihaknya ingin membantu jemaah haji Malaysia dalam perjalanan jauh mereka ke tanah asing dan memberi jaminan bahawa kesihatan mereka sentiasa dijaga semasa dalam perjalanan dengan perkhidmatan penjagaan kesihatan dalam talian sepanjang perjalanan mereka.

"Kami memahami kekecewaan dan kebimbangan mereka jika terjatuh sakit semasa dalam perjalanan, terutamanya apabila jemaah haji tidak biasa dengan bahasa dan budaya apabila berada di negara asing. 

"Oleh itu, dengan kerjasama ini, jemaah haji akan berasa selamat dan tenang semasa menunaikan umrah dan haji, sama ada mereka bersendirian atau bersama orang tersayang, mereka sentiasa mengetahui bahawa kesihatan serta kesejahteraan mereka sentiasa terjaga," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketika persiapan jemaah haji Malaysia untuk ke Arab Saudi, kerjasama ini akan menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan dalam talian yang berpatutan dan mudah diakses seperti konsultasi kesihatan melalui teknologi dan aplikasi DOC2US. 

Dr Shukri Said (tiga, kiri) dan Datuk Seri Razali Mohd Sham (empat, kiri) ketika menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara DOC2US dan Papuh baru-baru ini.

DOC2US juga akan menawarkan perkhidmatan vaksinasi untuk melindungi jemaah haji sebelum perjalanan mereka.

Presiden Papuh, Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, kos untuk menunaikan haji semakin meningkat berikutan kenaikan cukai, ditambah lagi dengan peningkatan kos penginapan, makanan dan pengangkutan. 

"Dengan nilai 'fardu kifayah' kami, kerjasama antara Papuh dan DOC2US akan menyediakan konsultasi dalam talian tanpa had untuk jemaah melalui teks, panggilan suara atau panggilan video, dengan doktor yang berlesen dan berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan. 

"Ini akan membantu jemaah haji kami menguruskan perbelanjaan mereka kerana kos perubatan mungkin lebih tinggi di Arab Saudi," katanya.

 

Source: DagangNews.com

Tags :

  • Papuh |
  • Haji dan umrah |
  • Persatuan Agensi Pengembaraan Umrah dan Haji

Share :

Written by

DOC2US

Latest News

AI-Powered Drug Pricing Tool To Help GP Clinics Navigate Transparency, Itemised Billing

KUALA LUMPUR, May 26 — T...

May 26, 2025

Celebrating 2 Million Electronic Prescriptions Milestone at DOC2US!

Celebrating 2 Million Electron...

Dec 12, 2023

DOC2US, University of Malaya & Taylor’s University Achieve Milestone Publication in Sage Journals

DOC2US, University of Malaya &...

Nov 24, 2023

Haier Teams Up with DOC2US and AIA to Prioritise Employee Health

Haier Teams Up with DOC2US and...

Nov 23, 2023

DOC2US Backs Gentari's Employee Wellbeing Initiative

DOC2US Backs Gentari's Employe...

Nov 15, 2023

Citibank Collaborates With DOC2US for On-Site Flu Vaccination & Health Screening

Citibank Collaborates With DOC...

Nov 06, 2023

Introducing DOC2US, Your Trusted Online Doctor. With its name synonymous to “talk to us”, DOC2US is a mobile application that allows you to talk to a doctor or any healthcare professionals via text chat at any time and from anywhere.

USEFUL LINKS

  • Home
  • About Us
  • For Pharmacy
  • Health Tips
  • Feedback
  • Fun Facts
  • Contact Us
  • FAQ
  • Privacy Policy
  • Terms
  • Telemedicine Policy
  • Medicine e-Prescription SOP

SITEMAP

Copyright © 2025 HEYDOC INTERNATIONAL SDN. BHD. (1141230-T) - ALL RIGHTS RESERVED  |   Powered by etc web design