Xoom
  • Home (current)
  • Covid-19 Advisory
  • About Us
    • Vision, Mission & Core Values
    • Medical Board
    • The Team
    • Our Authorised Partner Pharmacies
    • Our Awards
  • Our Services
    • For Pharmacy
    • For Corporates
    • For Men's Sexual Health - DOC2MEN
    • Vaccination
    • COVID-19 HOME CARE PLAN
    • Diabetes Management
    • Virtual HIV/STD Clinic
  • MEDIA CENTRE
    • PRESS RELEASE
    • MEDIA KIT
    • NEWSROOM
  • Health Tips
  • ePharmacyNew!
    • Malaysia

Newsroom

  • Home
  • Newsroom
  • [Astro Awani] DOC2US, Watsons umum perkongsian strategik sedia perkhidmatan kesihatan secara maya

DOC2US, Watsons umum perkongsian strategik sedia perkhidmatan kesihatan secara maya

Melalui sistem e-preskripsi DOC2US yang ditandatangani secara digital, farmasi seperti Watsons akan dapat mengeluarkan ubat preskripsi yang dipreskripsi secara elektronik oleh doktor bertauliah dan berlesen daripada DOC2US. - Fail dagangnews

 

KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmatan e-preskripsi pertama di Malaysia, DOC2US mengumumkan perkongsian strategik dengan Watsons Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan maya melalui sistem jabat tangan yang komprehensif.

Kerjasama itu dijangka membawa integrasi yang lebih lancar antara farmasi dan pengamal perubatan di seluruh rantau ini.

Melalui sistem e-preskripsi DOC2US yang ditandatangani secara digital, farmasi seperti Watsons akan dapat mengeluarkan ubat preskripsi yang dipreskripsi secara elektronik oleh doktor bertauliah dan berlesen daripada DOC2US.

Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh berkata, pihaknya berbangga untuk melancarkan satu lagi penyelesaian inovatif kepada pelanggan dan ahlinya melalui perkongsian strategik itu.

"Pelanggan kami boleh menggunakan Aplikasi Mudah Alih Watsons Malaysia untuk berbual dengan doktor daripada DOC2US, dan mendapatkan e-preskripsi segera untuk ubat-ubatan yang akan dikeluarkan di kedai farmasi kami. Mereka kemudiannya boleh mengambil ubat di kedai yang dipilih," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama DOC2US, Dr Raymond Choy pula berkata, perkongsian dengan Watsons adalah langkah penting untuk merapatkan jurang antara doktor dan komuniti farmaseutikal.

“Doktor dan ahli farmasi adalah dua sisi syiling yang sama. Seharusnya tidak ada konflik kepentingan yang ketara jika kita melihat gambaran yang lebih besar dengan mengambil kira kepentingan terbaik pesakit.

"Walaupun peranan dan tanggungjawab mereka digariskan dengan jelas, pemeriksaan kesihatan secara konvensional dilakukan bukan sahaja di klinik dan hospital tetapi juga di makmal dan farmasi pada masa kini.

"Farmasi memainkan peranan penting dalam penjagaan peringkat primer untuk menyediakan pemeriksaan kesihatan bagi tujuan susulan dan pemantauan penyakit. Bagaimanapun, bahagian diagnostik harus dilakukan oleh doktor perubatan yang terlatih," katanya.

Baru-baru ini, DOC2US telah menganugerahkan rakan kongsi farmasinya dengan Anugerah Prestasi 10 Terbaik Sistem Preskripsi Elektronik untuk prestasi cemerlang dan pematuhan dalam pengeluaran e-preskripsi dan pendispensan ubat pada tahun 2021. Watsons Malaysia adalah antara tiga rakan kongsi farmasi teratas yang diiktiraf untuk anugerah tersebut.

“Bagi majoriti pesakit, penjagaan pertama mereka biasanya di farmasi. Ini adalah dinamik keperluan pasaran yang industri penjagaan kesihatan harus sedar.

"Di sinilah juga kesihatan digital boleh membantu ahli farmasi dan pengamal perubatan untuk melayani lebih ramai pesakit melebihi had geografi dan memastikan ubat yang selamat, mudah diakses, mudah dan berpatutan," kata Choy.

Katanya, melangkah ke arah fasa endemik, mereka mahu memaksimumkan nilai untuk pesakit dengan mengharmonikan hubungan antara doktor dan ahli farmasi, selain definisi yang jelas tentang peranan serta tanggungjawab.


Source: Astro Awani

Tags :

  • Watsons Malaysia |
  • perkhidmatan kesihatan maya |
  • e-preskripsi |
  • farmasi

Share :

Written by

DOC2US

Latest News

AI-Powered Drug Pricing Tool To Help GP Clinics Navigate Transparency, Itemised Billing

KUALA LUMPUR, May 26 — T...

May 26, 2025

Celebrating 2 Million Electronic Prescriptions Milestone at DOC2US!

Celebrating 2 Million Electron...

Dec 12, 2023

DOC2US, University of Malaya & Taylor’s University Achieve Milestone Publication in Sage Journals

DOC2US, University of Malaya &...

Nov 24, 2023

Haier Teams Up with DOC2US and AIA to Prioritise Employee Health

Haier Teams Up with DOC2US and...

Nov 23, 2023

DOC2US Backs Gentari's Employee Wellbeing Initiative

DOC2US Backs Gentari's Employe...

Nov 15, 2023

Citibank Collaborates With DOC2US for On-Site Flu Vaccination & Health Screening

Citibank Collaborates With DOC...

Nov 06, 2023

Introducing DOC2US, Your Trusted Online Doctor. With its name synonymous to “talk to us”, DOC2US is a mobile application that allows you to talk to a doctor or any healthcare professionals via text chat at any time and from anywhere.

USEFUL LINKS

  • Home
  • About Us
  • For Pharmacy
  • Health Tips
  • Feedback
  • Fun Facts
  • Contact Us
  • FAQ
  • Privacy Policy
  • Terms
  • Telemedicine Policy
  • Medicine e-Prescription SOP

SITEMAP

Copyright © 2025 HEYDOC INTERNATIONAL SDN. BHD. (1141230-T) - ALL RIGHTS RESERVED  |   Powered by etc web design