Xoom
  • Home (current)
  • Covid-19 Advisory
  • About Us
    • Vision, Mission & Core Values
    • Medical Board
    • The Team
    • Our Authorised Partner Pharmacies
    • Our Awards
  • Our Services
    • For Pharmacy
    • For Corporates
    • For Men's Sexual Health - DOC2MEN
    • Vaccination
    • COVID-19 HOME CARE PLAN
    • Diabetes Management
    • Virtual HIV/STD Clinic
  • MEDIA CENTRE
    • PRESS RELEASE
    • MEDIA KIT
    • NEWSROOM
  • Health Tips
  • ePharmacyNew!
    • Malaysia

Health Tips

  • Home
  • Health Tips
  • Kaedah Perancangan Keluarga Selepas Bersalin
  • Health Topics

    • All
    • COVID-19/ Vaccines
    • General health and wellness
    • Common ailments
    • Mental health
    • Sleep problems
    • Brain disorders
    • Respiratory diseases
    • Hypertension
    • Cholesterol
    • Heart diseases
    • Gastrointestinal
    • Diabetes
    • Autoimmune diseases
    • Kidney
    • Liver
    • Urinary
    • Skin
    • Sexual health
    • Women's health
    • Medications
    • Supplements
    • Other diseases
    • Pregnancy
    • Eyes
    • Bone's health
    • Breastfeeding
    • Medical device
    • Pain
    • Food
    • Fasting
    • Cancer
    • Children's health
    • Contraceptives
    • Men's health
    • Vaccinations
    • Oral health
    • Allergy

KAEDAH PERANCANGAN KELUARGA SELEPAS BERSALIN

Membesarkan anak-anak adalah salah satu momen indah dan pengalaman yang mengujakan bagi setiap ibubapa. Walaubagaimanapun, menjadi ibu bapa bukanlah satu tugas yang mudah dan ia hadir dengan pelbagai tanggungjawab yang perlu digalas. Tahukah anda, salah satu isu yang sering diabaikan adalah perancangan keluarga selepas melahirkan zuriat?  Perancangan keluarga adalah amalan yang signifikan untuk mengawal jarak dan jangka masa kelahiran, terutamanya melalui kaedah kontrasepsi atau pensterilan secara sukarela.  Adakah anda berminat untuk mengetahui lebih tentang perancangan keluarga? Marilah kita tatal ke bawah untuk mengetahui lebih lanjut!

Bincanglah dengan kami hari ini!

Kepentingan kaedah perancangan keluarga selepas bersalin  1, 2, 3, 6, 8

Perancangan keluarga memberi banyak manfaat kepada pasangan seperti mengukuhkan perkahwinan mereka dan menentukan masa yang sesuai untuk mempunyai anak, jarak kehamilan dan bilangan anak yang dikehendaki oleh pasangan. Dengan perancangan keluarga, pasangan boleh menyelesaikan kekangan yang dihadapi sebelum membentuk institusi kekeluargaan yang ideal. 

Perancangan keluarga haruslah dilakukan dengan teliti sebaik sahaja mendirikan rumah tangga. Hal ini kerana dengan bertambah bilangan ahli keluarga, ini juga bermakna komitmen kewangan dan kos penjagaan kesihatan turut meningkat. Jika tidak dirancang dengan baik, peningkatan kos ini mungkin akan menjadi beban kewangan yang besar. Melalui amalan perancangan keluarga, ia dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup keluarga dengan pemberian perhatian dan kasih sayang sepenuhnya pada ahli keluarga. Oleh itu, setiap pasangan perlu berbincang mengenai perancangan keluarga bersama-sama dengan hati yang terbuka untuk memastikan kaedah yang paling sesuai terpilih.

Risiko jika tiada perancangan keluarga 1, 3, 6, 7

Sekiranya tidak mempunyai perancangan keluarga, kebarangkalian ibu baru bersalin untuk mengandung semula adalah tinggi. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, panjang selang kelahiran adalah penentu kritikal risiko kematian kanak-kanak. Wanita dengan kehamilan jarak dekat dalam tempoh enam bulan selepas bersalin mengalami banyak komplikasi khususnya untuk bayi yang baru lahir seperti:

  1. Kelahiran pramatang

  2. Berat lahir yang rendah

  3. Kecacatan kelahiran

  4. Peningkatan risiko autisme

Selain menjejaskan kanak-kanak, ia juga boleh membahayakan  kesihatan ibu:

  1. Tidak cukup masa untuk berpulih dari kehamilan sebelumnya. Ini akan membawa kepada pengurangan penyerapan nutrien oleh ibu yang menyebabkan kesejahteraan ibu dan bayi yang baru lahir  merosot.

  2. Keradangan genital semasa kehamilan mungkin tidak sembuh sepenuhnya

  3. Anemia 

  4. Skizofrenia (Penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan berterusan yang mentafsirkan realiti yang berbeza. Seseorang yang mengalami skizofrenia tanpa dirawat biasanya menunjukkan pemikiran yang tidak teratur dan mungkin mengalami delusi atau halusinasi pendengaran)

 Bincanglah dengan kami hari ini!

 Faedah perancangan keluarga selepas kelahiran bayi 2

Selepas menimbangkan risiko jika tiada perancangan keluarga selepas bersalin, berikut adalah beberapa faedahnya:

  1. Meningkatkan kualiti hidup wanita, pasangan dan anak-anak

  2. Membantu wanita merancang dan menjarakkan kehamilan untuk kesihatan ibu dan anak yang lebih baik

  3. Mengelakkan kehamilan yang tidak diingini dengan memilih kaedah kontrasepsi yang sesuai

  4. Menyelamatkan nyawa ibu dan bayi & mengurangkan risiko kesihatan kepada bayi dan ibu

 Masa terbaik untuk mengandung 2, 3

Sekarang kita mempunyai gambaran yang lebih jelas mengenai perancangan keluarga. Pasangan dikehendaki mempunyai perancangan keluarga walaupun meingini bilangan anak yang berbeza, masa melahirkan kanak-kanak yang berbeza dan lain-lain. Masa terbaik untuk mempunyai anak selepas bersalin adalah:

  1. Ibu berumur antara 20 hingga 35 tahun 

  2. Anak terakhir lahir 2 tahun yang lalu dan tidak lebih dari 5 tahun 

  3. Pasangan yang berhasrat untuk mempunyai anak 

  4. Tiada penyakit yang menjejaskan ibu dan bayi

Bincanglah dengan kami hari ini!

Kaedah kontraseptif yang sesuai semasa merancang keluarga 1, 4, 5  

Perancangan keluarga ideal boleh dicapai melalui pelbagai cara samada melalui peranti, pil kontraseptif atau pembedahan. Secara ringkasnya, ia adalah penting untuk pasangan mengetahui masa yang sesuai untuk memulakan perancangan keluarga semasa ibu menyusu eksklusif, separa atau tidak menyusu mengikut kaedah perancangan keluarga. 

 

Bincanglah dengan kami hari ini!

Bincang dengan ahli farmasi kami dengan PERCUMA di sini! Anda akan mendapat penghantaran pil perancang secara PERCUMA dengan pelitup muka premium OXWHITE secara PERCUMA ke rumah anda!

PESANAN DARI DOC2US

Rujuk doktor dan ahli kesihatan profesional jika terdapat sebarang masalah kesihatan. DOC2US adalah aplikasi mudah alih yang membenarkan anda bercakap dengan doktor atau ahli kesihatan profesional lain melalui pesanan ringkas pada bila-bila masa dan di mana anda berada. Untuk komunikasi lebih baik, anda juga boleh hantar gambar atau pesanan suara berkaitan pertanyaan perubatan anda pada doktor dalam talian.

Muat turun DOC2US aplikasi pada on Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery; atau guna pesanan web di  https://web.doc2us.com/

Nota: DO2US bukan untuk perubatan kecemasan. Sila hubungi 999 untuk kes perubatan kecemasan.

Penafian: DOC2US menyediakan artikel kesihatan sebagai perkhidmatan pada para pengguna kami dan orang awam. Sila ambil perhatian tarikh semakan terakhir atau kemas kini pada semua artikel. Tiada kandungan di laman web ini, tanpa mengira tarikh, boleh digunakan sebagai pengganti nasihat perubatan terus daripada doktor anda atau ahli kesihatan bertauliah yang lain.

Tags :

  • kaedahkontrasepsi |
  • perancangankeluarga |
  • fertiliti |
  • kesihatanwanita |
  • kesihatanseksual |
  • pendidikanseksual

Share :

Written By

Mr. Bryan Hon Kah Meng

Reviewed By

Doc2us Medical Board

More Top Reads

Does Size Matter?

Does Size Matter?  The...

Jul 04, 2023

Is a foamy urine normal?

Most Malaysians love a cup of ...

Feb 18, 2022

ADAKAH KITA BOLEH HAMIL KETIKA MENGAMBIL PIL PERANCANG?

ADAKAH KITA BOLEH HAMIL KETIKA...

Dec 20, 2021

Understand the rove beetles 'bite'

Image credit: Alvesgaspar,...

Mar 17, 2021

Help! How Can I Tell between a Positive Pregnancy Test or an Evaporation Line?

Whether a pregnancy test t...

Oct 08, 2019

8 WHYS YOUR TODDLER BLINKING HARD (COMPLETE LIST)

A toddler blinking hard or fas...

Jan 08, 2019

Recommended For You

Latest Article

BPH and it's progression: What should we know

BPH and its progression: what ...

Jan 16, 2025

More Than Just Hay Fever: Delving into the Complications of Untreated Allergic Rhinitis

More Than Just Hay Fever: Delv...

Jul 23, 2024

Decoding urticaria and allergic rhinitis: all you need to know!

Decoding urticaria and allergi...

May 15, 2024

BPH and Prostate Cancer Deconstructed: Essential Knowledge for HCPs

BPH and Prostate Cancer Decons...

Mar 12, 2024

From Sniffles to Smiles: Treating Allergic Rhinitis

From Sniffles to Smiles: Treat...

Mar 05, 2024

Exercises recommended for pregnant women

Exercises recommended for preg...

Dec 19, 2023
The content found on this webpage serves as medical education resources designed for healthcare professional in Malaysia.

Introducing DOC2US, Your Trusted Online Doctor. With its name synonymous to “talk to us”, DOC2US is a mobile application that allows you to talk to a doctor or any healthcare professionals via text chat at any time and from anywhere.

USEFUL LINKS

  • Home
  • About Us
  • For Pharmacy
  • Health Tips
  • Feedback
  • Fun Facts
  • Contact Us
  • FAQ
  • Privacy Policy
  • Terms
  • Telemedicine Policy
  • Medicine e-Prescription SOP

SITEMAP

Copyright © 2025 HEYDOC INTERNATIONAL SDN. BHD. (1141230-T) - ALL RIGHTS RESERVED  |   Powered by etc web design